in

CLAIM PERKESO COVID 19 : PERMOHONAN DAN SYARAT KELAYAKAN

PERKESO COVID 19 : PERMOHONAN DAN SYARAT KELAYAKAN

PERKESO COVID 19: Cara Claim Faedah Jika Dijangkiti Covid 19 Di Tempat Kerja

Kepada pencarum PERKESO yang disahkan mendapat jangkitan Covid-19 di tempat kerja ataupun berkaitan dengan pekerjaannya boleh membuat permohonan Faedah Hilang Upaya Sementara yang disediakan di bawah Skim Bencana Kerja.

Seiring peredaran negara memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’, bermula 1 April 2022, semua permohonan tuntutan faedah COVID-19 akan diproses sebagai Penyakit Khidmat.

Tahukah anda apakah syaratnya dan bagaimana untuk membuat tuntutan faedah PERKESO COVID 19 ini?

Sila baca maklumat yang kami kongsikan ini :

BACA JUGA DISINI : KEMASKINI TARIKH LAHIR MYSEJAHTERA : CARA UPDATE STATUS VAKSINASI LENGKAP

perkeso covid 19

  1. Faedah PERKESO COVID-19 Di Bawah Skim Bencana Kerja (Kes Sebelum 1 April 2022)

Pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 akibat / terbit dari aktiviti pekerjaan sebelum 1 April 2022, layak dilindungi di bawah Skim Bencana PKerja yang menyediakan faedah berikut :

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

Bagi pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 bukan berpunca dari pekerjaannya dan telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan dan tidak berupaya bekerja semula termasuk kematian, perlindungan disediakan di bawah Skim Keilatan yang meliputi faedah berikut:

  • Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan
  • Pencen Penakat
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

JUMLAH BAYARAN PERKESO KEPADA PESAKIT COVID 19

Kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja.

Dapatkan Berita Terkini Mengenai Bantuan Kerajaan Terkini di https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo

  • Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari.

claim perkeso covid 19

Cara Claim (Memohon Faedah) PERKESO Bagi Kes COVID-19

Tuntutan faedah PERKESO COVID 19 boleh dibuat sama ada secara online ataupun secara manual.

I) CARA CLAIM SKIM BENCARA PERKESO (COVID19) SECARA ONLINE

Majikan boleh mengemukakan tuntutan bagi pekerja yang dijangkiti Covid-19 melalui Portal Faedah ( https://www.perkeso.gov.my/tuntutan-faedah-berkaitan-covid-19.html ) atau boleh mengemukakan borang secara manual ke Pejabat PERKESO yang berhampiran untuk siasatan bagi penentuan kes Bencana Pekerjaan.

Nota: Sila login Portal Faedah di sini: https://faedah.perkeso.gov.my/

Portal ini hanya digunakan oleh pihak majikan dalam menguruskan tuntutan pekerja tempatan (warganegara, penduduk tetap dan penduduk sementara).

Borang tuntutan boleh diperolehi di pautan berikut:

https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Faedah/borang34/Borang_34.pdf

MUAT TURUN PDF : Borang_34-PERKESO

PANDUAN MENGISI BORANG

MUAT TURUN: Panduan_Mengisi_Borang_34Ver_Feb_2019 

https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Faedah/borang34/Borang_34.pdf

II) CARA CLAIM SKIM BENCANA PERKESO COVID19 SECARA MANUAL

Tuntutan untuk bencana pekerjaan secara manual boleh dibuat dengan mengemukakan borang-borang berikut:

  1. Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34
  2. Salinan Kad Pengenalan Pekerja (depan & belakang)
  3. Sijil Cuti Sakit Asal / Borang 13 (Klinik Panel)
  4. Salinan Rekod Kedatangan / Kad Perakam Waktu bulan kemalangan (disahkan oleh majikan) atau Surat Pengesahan Majikan (yang mengesahkan orang berinsurans hadir bertugas pada hari kemalangan jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu)
  5. Laporan Polis (sekiranya melibatkan kemalangan jalanraya)
  6. Salinan muka hadapan buku akaun bank / penyata akaun simpanan pengesahan dijangkiti Covid-19 daripada KKM/ Salinan Aplikasi MySejahtera

kes tuntutan melibatkan covid

2) Faedah PERKESO COVID-19 Di Bawah Skim Bencana Kerja (Selepas 1 April 2022)

Bermula 1 April, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memproses tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19, di bawah kategori Penyakit Khidmat.

PERKESO dalam kenyataan memaklumkan, selain COVID-19 antara penyakit berjangkit lain yang turut diletakkan di bawah kategori Penyakit Khidmat ialah jangkitan virus Nipah, Tuberkulosis (batuk kering) dan Leptospirosis (penyakit kencing tikus).

Sekiranya Orang Berinsurans (OB) PERKESO ingin membuat tuntutan faedah bagi kes COVID-19, tuntutan itu masih layak dipertimbang, namun terhad kepada pekerjaan yang terdedah kepada agen biologi, dan adanya jangkitan dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan.

Permohonan itu akan diproses sebagai Penyakit Khidmat dan OB yang layak, akan menerima faedah-faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Keilatan merangkumi Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Pencen Penakat, Pencen Ilat dan Faedah Pengurusan Mayat, mengikut kelayakan masing-masing.

Sila rujuk pautan berikut untuk memohon:

Senarai Semak:

Untuk maklumat lanjut tentang cara claim PERKESO Covid-19, sila rujuk pautan rasmi berikut di laman web PERKESO : https://www.perkeso.gov.my/tuntutan-faedah-berkaitan-covid-19.html

Sila layari laman sesawang www.perkeso.gov.my untuk maklumat lanjut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

bantuan bakti desa

BANTUAN BAKTIDESA 2022 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN DAN PERMOHONAN

Perantisiswa

PerantiSiswa 2022 : CARA MOHON PERANTI PERCUMA DAN SEMAK STATUS