in

Cuti Bersalin Ditambah 98 Hari : Cuti Paterniti 7 Hari

cuti bersalin

Cuti Bersalin Ditambah 98 Hari : Cuti Paterniti 7 Hari

Tempoh cuti bersalin kini dilanjutkan daripada 90 hari kepada 98 hari manakala cuti paterniti lelaki dilanjutkan daripada 3 hari kepada 7 hari.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 untuk bacaan kali kedua berkata ia bertujuan memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh mencukupi.

Pemberian cuti paterniti amat penting bagi menenangkan emosi isteri yang masih belum stabil, selain peranan penting yang dimainkan sebagai suami atau bapa yang bertanggungjawab untuk menjaga keluarga.

Kementerian Sumber Manusia berpandangan adalah wajar pekerja lelaki yang berkahwin diberikan cuti paterniti supaya mereka dapat bersama-sama isteri menyambut kelahiran anak, menjaga isteri yang baru bersalin dan bayi yang baru dilahirkan serta menyelesaikan urusan tertentu seperti urusan pendaftaran anak.

Cadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga.

Baca Juga Disini : 

Gaji Minimum RM1500 2022 : Bermula Mei 2022-PM Ismail Sabri

KWSP 10K : Syarat,Tarikh Permohonan Dan Jadual Pembayaran

Dewan Rakyat pada 21 Mac telah meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265), yang antara lain mencadangkan agar cuti paterniti dinaikkan daripada 3 hari kepada 7 hari, selepas mendapat sokongan suara terbanyak.

Melalui pindaan ini, pekerja lelaki sektor swasta akan turut menikmati faedah yang sama seperti penjawat awam.

Kelayakan cuti paterniti terhad kepada 5 kali kelahiran tanpa mengira bilangan isteri dan cuti bermula pada hari isteri bersalin.

Selain itu, pekerja lelaki, antara lain, perlu bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dengan majikan sama.

Beliau berkata pindaan itu juga melibatkan pertambahan cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari selaras Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Peruntukan baharu pula antaranya fasal 13 iaitu larangan pemberhentian wanita hamil, fasal 23 iaitu cuti paterniti lelaki, fasal 27 iaitu aturan kerja fleksibel dan fasal 36 yang mewajibkan majikan supaya mempamerkan notis pencegahan gangguan seksual di tempat kerja.

Join channel telegram kami untuk mengetahui info mengenai pengeluaran kwsp dan juga bantuan-bantuan lain kerajaan malaysia dan info semasa malaysia  (https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

gaji minimum rm1500

Gaji Minimum RM1500 2022 : Bermula Mei 2022-PM Ismail Sabri

BKM FASA 1

BKM FASA 1 BAYARAN PADA 28 MAC : JADUAL DAN JUMLAH BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA