DAFTAR TABUNG HAJI ONLINE : CARA DAFTAR THiJARI
THiJARI diperkenalkan bagi memudahkan lagi urusan pendeposit Tabung Haji.Bagi pendeposit yang ingin menggunakan perkhidmatan THiJARI ini, pastikan anda sudah mengemaskini maklumat peribadi terlebih dahulu di kaunter TH.
KELEBIHAN THiJARI TABUNG HAJI
- Menyemak akaun
- Mencetak penyata akaun
- Membuat pindahan wang
- Membuat urusan perkhidmatan Haji
- Melakukan urusan Kelab TaHa secara online
CARA DAFTAR TABUNG HAJI ONLINE
- Layari pautan portal https://www.thijari.com.my/
- Untuk Pendaftaran Kali Pertama Masukkan Nombor Kad Pengenalan Dan Nombor Akaun TH
- Semak Dan Sahkan Nombor Kad Pengenalan,Nombor Akaun TH,Nombor Telefon Berdaftar
- Isi Butiran,Kata Nama,Kata Laluan,Nama Pengguna Dan Negeri Terkini
- Selesai
Sebelum mendaftar THiJARI :
- Pendeposit perlu memastikan mereka sudah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di kaunter TH.
- Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit berdaftar.
- Pendeposit TH diminta memastikan nombor telefon bimbit yang betul bagi mengelakkan masalah semasa proses log masuk sistem THiJARI.
- Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH.
SOALAN LAZIM :
Apa yang perlu dilakukan sekiranya pendeposit lupa ID pengguna / kata laluan?
Pendeposit perlu membuat penukaran kata laluan pada menu “Terlupa Butiran Log Masuk”.
Adakah penjaga boleh menyemak akaun Tabung Haji anak bawah jagaan?
Boleh. Penjaga boleh menyemak pada menu “Ringkasan Akaun”.
Adakah penjaga boleh membuat transaksi pindahan simpanan bagi akaun anak bawah jagaan?
Boleh. Akaun Tabung Haji anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar THiJARI.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya nombor TAC disekat?
Pendeposit perlu menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919 bagi tindakan selanjutnya.
Adakah saya perlu hadir kemana-mana pejabat TH Cawangan bagi tujuan pengesahan maklumat yang telah dikemaskini?
Tidak, anda tidak perlu hadir ke pejabat TH Cawangan bagi tujuan pengesahan.
Adakah pendeposit boleh mendapatkan penyata akaun TH melalui THiJARI?
Pendeposit boleh mendapatkan penyata TH bagi enam (6) bulan terkini.
Baca Juga Disini:
i-Citra KWSP Tarikh Bayaran (Jadual Pembayaran Mulai Ogos)
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:LOGIN THiJARI TABUNG HAJI:DAFTAR,LOG MASUK,KEMASKINI DAN SEMAKAN UNTUK RAYUAN HAJI | PORTAL PERMOHONAN