DAFTAR TRADEMARK MyIPO MALAYSIA CARA REGISTRATION ONLINE
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ialah badan berkanun yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembangunan sistem harta intelek dan bertindak sebagai agensi kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). MyIPO adalah satu-satunya institusi yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran harta intelek di Malaysia.
APA ITU TRADEMARK?
Trademark / Cap Dagangan ertinya apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.
KELAYAKAN BAGI PENDAFTARAN TRADEMARK
Mana-mana pemilik Trademark, sama ada warganegara atau bukan warganegara yang menggunakan atau berniat untuk menggunakan cap dagangan di Malaysia, boleh mendaftar. Pemilik sedemikian boleh menjadi individu, perkongsian, syarikat atau organisasi.
BACA JUGA: PSU PERKESO 5.0 2022 (CARA PERMOHONAN/REGISTER/APPLY/PENDAFTARAN/KEMASKINI)
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
DAFTAR TRADEMARK MyIPO MALAYSIA CARA REGISTRATION ONLINE
CARA PENDAFTARAN DI MyIPO IPONLINE
- Sila ke laman web rasmi MyIPO = https://www.myipo.gov.my/en/home/
- Seterusnya, sila klik pada butang Perkhidmatan Atas Talian
- Kemudian, klik pada IP Online Search & Filing
- Seterusnya, anda akan dibawa ke laman web IPOnline, sila klik Bahasa pada bahagian kiri laman web
- Kemudian, sila klik pada butang Pendaftaran dan pilih Individu
- Seterusnya, klik pada butang Becoming a Registered User

- Kemudian, pilih pada pilihan I Do Not Have An Activation Code dan tekan butang SUBMIT

- Seterusnya, sila isi maklumat yang berkaitan dan setelah selesai tekan butang Submit

- Kemudian, klik butang OK dan anda perlu isi maklumat yang diperlukan
- Setelah selesai berbuat demikian sila tekan butang SAVE dan SUBMIT dan OK

- Anda selesai mendaftar!
Terdapat 2 proses fasa pendaftaran iaitu:
Fasa 1:
Cari jenama/logo yang anda ingin daftarkan. Ini adalah untuk memastikan jenama/logo tidak mempunyai persamaan dengan tanda dagangan berdaftar dan mengelakkan pendaftaran ditolak kerana persamaan.
Hasil carian akan diterbitkan dalam masa 1-2 hari perniagaan. Proses carian ini tidak wajib tetapi digalakkan. Anda juga boleh melakukan carian anda sendiri di laman web MyIPO.
Fasa 2:
Daftar dengan menghantar borang pendaftaran ke MyIPO. Proses mendaftar dan mendapatkan salinan pengesahan pendaftaran anda mengambil masa 1-2 hari bekerja.
MyIPO akan mengeluarkan kelulusan dan sijil dalam masa 8 hingga 12 bulan. Dengan permohonan yang dipercepatkan, kelulusan boleh dipendekkan kepada 4 hingga 6 bulan. Akan ada bayaran tambahan untuk permohonan itu
Jenis Pendaftaran | Bayaran | Setiap Satu Tambahan Kelas | Dengan Pra-kelulusan Senarai Barang & Perkhidmatan |
Standard | RM950 | RM950 | Ya |
Standard | RM1,100 | RM1,100 | Tidak |
Permintaan untuk Nasihat dan Carian | RM250 | RM250 | Ya |
Permintaan untuk dipercepatkan Pemeriksaan & Tanda Dagangan Permohonan | RM1,000 | RM1,000 | – |
MAKLUMAT LANJUT
maklumat lanjut sila layari laman web rasmi MyIPO = https://www.myipo.gov.my/ms/hubungi-kami/?lang=ms