in ,

DUIT KHAS KWSP 10K DILULUSKAN: CARA BUAT SEMAKAN,PERMOHONAN DAN JADUAL PEMBAYARAN

DUIT KHAS KWSP 10K

DUIT KHAS KWSP 10K DILULUSKAN: CARA BUAT SEMAKAN,PERMOHONAN DAN JADUAL PEMBAYARAN

PENGELUARAN KHAS KWSP 10K DIBENARKAN

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan DUIT KHAS KWSP sebanyak RM10,000.

DUIT KHAS KWSP

Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

PENGELUARAN KHAS KWSP

CARA MEMOHON PENGELUARAN KHAS KWSP 10K

  1. Terbuka kepada ahli KWSP berumur 55 tahun ke bawah.
  2. Permohonan bermula 1 April sehingga 30 April 2022 secara online.

Join channel telegram kami untuk mengetahui info mengenai pengeluaran kwsp dan juga bantuan-bantuan lain kerajaan malaysia dan info semasa malaysia >>>> (https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)..

JADUAL PEMBAYARAN KHAS KWSP

  • Pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022.

Untuk jadual pembayaran mungkin akan dikemaskini dari masa ke semasa.Sila layari PortalPermohonan.Com untuk semakan jadual pembayaran.

Pengeluaran khas kwsp

Baca Juga Disini :

  1. KWSP WITHDRAWAL : 17 JENIS PENGELUARAN YANG DISEDIAKAN
  2. CARA SEMAK BAKI AKAUN KWSP ONLINE

Sebelum ini,Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol), ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini berkata, hal ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.

“Tuntutan ini bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua, tuntutan saya ini juga bukanlah menafikan fakta mengenai 20 peratus daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua.

“Tuntutan saya pada hari ini adalah semata-mata untuk memastikan permintaan Keluarga Malaysia dipenuhi, khususnya buat mereka yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik COVID-19, ditambah pula musibah banjir yang telah berlaku baru-baru ini,” katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

insentif rm100 alat bantuan mengajar

Alat Bantuan Mengajar Guru: Insentif RM 100 Buat Guru Mac Ini