in , ,

E-Batal Maybank (Tukar Hak Milik Kereta Dan Motor Bila Habis Bayar Pinjaman Bank)

E-Batal Maybank

E-Batal Maybank (Tukar Hak Milik Kenderaan Bila Habis Bayar Pinjaman Bank)

Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.

Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.

Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal.

Syarat-Syarat Utama Untuk E-Batal

  • Anda perlulah sudah habis bayar ansuran pinjaman tersebut.
  • Jika belum, selesaikan hutang-piutang kenderaan terlebih dahulu.

Sesiapa pun yang mempunyai pendapatan rendah dan sederhana, pasti akan menghadapi kekangan ekonomi atau tidak mampu untuk membeli kereta secara tunai. Jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan membeli kereta secara pinjaman.

Pernahkah anda melihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda yang terdapat satu ayat tertera hak milik dituntut oleh syarikat pinjaman kereta di mana anda membuat pinjaman?

Habis Bayar Ansuran Kenderaan

Kebebasan bermula apabila sesiapa sahaja berjaya melangsaikan hutang pinjaman keretanya. Benar bukan?

Selesai sahaja pembayaran terakhir dengan pihak Maybank, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan. Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan hak milik peminjam.

Jadi, untuk meneruskan prosedur berikut, pastikan pihak pemberi pinjaman telah mengeluarkan surat pelepasan. Namun, lebih baik lagi surat tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.

Prosedur Selesaikan E-Batal Di JPJ

Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Perkara yang paling penting adalah anda harus menghubungi pihak Maybank yang memberi pinjaman wang untuk belian kereta.

Pastikan anda bertanya sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.

Di cawangan JPJ tersebut, jangan lupa mengecop geran kereta anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Mudah kan?

Baca Juga Di Sini : CARA PERMOHONAN KAD PENGENALAN ONLINE

Cara Batal Hak Milik Motosikal

Batal hak milik motosikal selepas selesai bayar pinjaman adalah cukup mudah. Yang perlu anda lakukan adalah dengan membawa geran motosikal yang telah diberikan oleh kedai motor dan bawanya ke pejabat JPJ yang berdekatan dengan tempat anda. Pergi ke kaunter ambil nombor dan katakan anda mahu membuat “batal hak milik” bagi motor yang telah habis bayar. Tidak perlu mengisi borang. Cukup dengan hanya ambil nombor giliran dan berikan kepada pekerja JPJ yang memanggil anda. Proses selepas tidak sampai 1 minit pun. Dan selepas itu surat geran motosikal anda akan dicop dengan tanda “BATAL MELALUI SISTEM FIS”. Selesai. Mudah bukan.

Ini bermakna motosikal tersebut sudah menjadi milik diri sendiri 100%. Secara peribadi, saya menggalakkan pembeli hutang untuk membayar hutang dengan cepat. Mempercepatkan diri anda untuk memiliki aset yang banyak adalah lebih baik berbanding dengan hutang yang banyak.

Kesimpulannya,

Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta. Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan hak milik. Jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila tukarkan sekarang untuk memudahkan urusan pada kemudian hari.Sebarang permasalahan,anda boleh terus layari website JPJ.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara guna setel petronas

CARA GUNA SETEL PETRONAS UNTUK ISI MINYAK DENGAN MUDAH DAN CEPAT