eGraduan KPM : Daftar Dan Semakan Penempatan Guru Baharu
Kepada calon yang telah lulus temu duga lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PPP) Gred DG41 tetapi masih belum mendaftar di eGraduan, anda dikehendaki mendaftar di aplikasi eGraduan dalam kadar segera bagi tujuan semakan penempatan yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.
KPM memaklumkan bahawa penempatan bagi 4,828 lagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 bagi pengambilan khas secara one-off akan diumumkan pada 18 Mac 2022.
Guru-guru ini akan mula melapor diri pada 4 April 2022.
Semakan penempatan masing-masing boleh dibuat bermula pada 18 Mac ini melalui portal eGraduan.
Senarai Kandungan
Apakah eGraduan KPM?
e-Graduan merupakan modul baharu bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.Modul ini melibatkan proses pengambilan dan penempatan guru baharu yang melibatkan kerjasama beberapa agensi sektor awam iaitu KPM, Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP), JobsMalaysia, Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Universiti Awam (UA).
Kategori Pengguna
Sasaran pengguna utama modul ini ialah graduan dan pentadbir sistem.
Perincian adalah seperti berikut:
1) Graduan
- Hanya graduan yang telah DIPERAKU oleh Suruhanjaya Pelajaran Pendidikan Malaysia (SPP) sahaja dibenarkan untuk mendaftar di modul ini, dan;
- Graduan yang tersenarai di HEBAHAN Portal KPM dan e-Graduan sahaja boleh mendaftar di modul ini pada masa yang ditetapkan untuk menyemak dan mengemaskini maklumat yang diperlukan, serta membuat semakan penempatan.
2) Pentadbir Sistem
- Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.
Cara Daftar eGraduan KPM
Pautan ke Portal eGraduan – > https://egraduan.moe.gov.my/
Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem.
Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.
Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.
Login eGraduan KPM
- Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP.
- Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan.
- Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan.
- Setelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan no Kad Pengenalan.
- Terdapat beberapa tab yang disediakan untuk disemak dan dikemaskini.
Anda boleh Muat Turun Manual Pengguna di bawah bagi memudahkan navigasi di halaman tersebut.
Klik link di bawah untuk download manual cara daftar eGraduan KPM :
Baca juga disini >>>> MRSM 2022 : RAYUAN DAN CARA MEMOHON TINGKATAN 1 DAN 4
Semakan Penempatan Guru
Keputusan penawaran penempatan guru boleh disemak menerusi portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my.
Tab Semakan Penempatan akan dipaparkan setelah hebahan berkaitan semakan dibuat di Portal KPM dan e-Graduan.
Calon diingatkan untuk memuat turun dan melengkapkan borang Pakej Setuju Terima di Portal SPP ( https://www.spp.gov.my/ )untuk tujuan pengesahan lantikan anda dalam tempoh 30 hari dari tarikh melapor diri melalui Ketua Jabatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Lupa Kata Laluan eGraduan KPM
Terlupa Kata Laluan anda? Sila klik LUPA KATA LALUAN dan lengkapkan maklumat di bawah bagi tujuan mendapatkan Kata Laluan.
No. Kad Pengenalan :
E-mel yang Digunakan Semasa Mendaftar :
Mandatori – semua medan wajib diisi dengan lengkap.
Anda juga boleh klik TUKAR KATA LALUAN untuk menukar password yang telah didaftarkan.
- Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
Maklumat Lanjut
Sekiranya tuan/puan tidak berjaya mendaftar di modul ini, sila hubungi:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian
03-8884 7741 / 03-8884 7779 / 03-8872 1446 untuk bantuan selanjutnya.
ATAU
Sila e-mel ke [email protected]