EGTukar KPM : epgo.moe.gov.com (Semakan Keputusan Permohonan Pertukaran Guru)
PERMOHONAN PERTUKARAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) ANTARA BAHAGIAN / NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH BAGI TAHUN 2022, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) MELALUI EGTUKAR
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pertukaran PPP bagi tahun 2022 melalui modul e-gtukar akan dibuka mulai 01 Januari 2022.
Merujuk kepada surat siaran di laman web rasmi eGTukar KPM, sukacita dimaklumkan bahawa proses pertukaran guru antara bahagian / negeri / antara daerah / dalam daerah bagi tahun 2021 KPM kini boleh dibuat secara online dengan login ke modul eGTukar.
Tarikh permohonan pertukaran ini dibuka mulai 1 JANUARI 2022.
SILA RUJUK SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.7 TAHUN 2021 UNTUK MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN PERTUKARAN PPP.
Pastikan semua maklumat ppp dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah sebelum mengemukakan permohonan pertukaran bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal.
Login eGTukar: Syarat Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2022
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan
- Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan
- KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
- Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
GURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PERTUKARAN
Berikut adalah senarai guru yang tidak layak memohon pertukaran:
- Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
- Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
- Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
- Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
- Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
- Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
CARA PERMOHONAN EGTUKAR KPM 2021:
Cara Login eGTukar KPM & Buat Permohonan Pertukaran
Berikut adalah cara dapatkan id pengguna/kata laluan egtukar:
- Layari Portal eGTukar di pautan https://epgo.moe.gov.my/
- Masukan ID Pengguna, Kata Laluan, No. Kad Pengenalan
- Klik OK
- Anda kini dalam sistem eGTukar
- Klik PERMOHONAN
- Lengkapkan maklumat permohonan
- Sila muat naik dokumen yang diperlukan
- Klik HANTAR setelah selesai melengkapkan permohonan eGTukar
- Save/Simpan salinan permohonan anda
- Cetak permohonan untuk rujukan sekiranya perlu
- Sila log keluar sistem setelah selesai melengkapkan permohonan
*Jika terlupa kata laluan, sila klik butang ‘Lupa kata laluan egtukar’ semasa login atau terus ke pautan ini: https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan semakan eGTukar, sila rujuk laman web https://epgo.moe.gov.my/.
Jika ada sebarang permasalahan berkaitan dengan permohonan pertukaran tuan/puan boleh merujuk kepada:
1) Pejabat Pendidikan Daerah
- Permohonan Dalam Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
2) Jabatan Pendidikan Negeri
- Permohonan Antara Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
- Permohonan Antara Negeri Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
3) BPLTV
- Permohonan Bagi Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional
4) BPI
- Permohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Agama
- Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Rendah.
5) BPSBP
- Permohonan Bagi Sekolah Berasrama Penuh
6) BPKHAS
- Permohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan
- Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
7) BSKK
- Permohonan Bagi Sekolah Sukan Malaysia Dan Sekolah Seni Malaysia.
BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN BARU BKM :PENDAFTARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Untuk dapatkan aksesori telefon dengan harga murah dan menarik sila klik link dibawah: