EKASIH LOGIN 2022 (SEMAKAN STATUS/PENDAFTARAN/PERMOHONAN)
eKasih ialah sistem pangkalan data komprehensif isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga digunakan sebagai rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan. eKasih bukan program tetapi pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Eksekutif di Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data isi rumah miskin dan miskin tegar. Data EKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program pembasmian kemiskinan.
BACA JUGA: BANTUAN KANAK-KANAK 2022 BKK JKM RM1000
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
EKASIH LOGIN 2022 (SEMAKAN STATUS/PENDAFTARAN/PERMOHONAN)
Komponen data eKasih terdiri daripada Maklumat Asas, Maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan. Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:
- Semakan status kemiskinan secara online.
- Penyelarasan maklumat bantuan.
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
- Pengiraan status kemiskinan (miskin tegar/miskin) secara automatik berdasarkan (PGK) per kapita.
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.
SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN EKASIH
- Isi rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Warganegara Malaysia.
Secara umumnya, empat punca pendapatan utama adalah merangkumi :
- Pekerjaan Bergaji.
- Bekerja Sendiri.
- Pendapatan daripada Harta dan Pelaburan.
- Pindahan Semasa diterima.
Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali. PGK semasa (tahun 2019) adalah seperti berikut:
Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan bulanan semua ahli isi rumah dalam sesuatu tempat kediaman dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.
KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.
AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.
PENDAFTARAN / PERMOHONAN EKASIH
Individu/orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
SEMAKAN EKASIH
Sila ke laman web rasmi EKasih dan masukkan Nombor Kad Pengenalan anda =
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut mengenai Ekasih, sila ke laman web rasmi Jabatan Perdana Menteri
Unit Penyelarasan Pelaksanaan = https://www.icu.gov.my/?pg=bantuan&type=hubungi