EPRASEKOLAH MOE GOV MY 2022 CARA PERMOHONAN ATAU PENDAFTARAN DAN SEMAKAN
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KPM
- Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.
- Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa (Bagi kohort 3+ kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari juga dibenarkan untuk memohon).
- Pemilihan murid adalah berdasarkan merit.
TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KPM TAHUN 2023
DIBUKA | DITUTUP |
---|---|
1 MAC 2022 | 30 APRIL 2022 |
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KPM TAHUN 2023
BERMULA SEMAKAN | 5 OGOS 2022 |
RAYUAN | 5 OGOS 2022 hingga 20 OGOS 2022 |
NOTA: Bagi permohonan yang Tidak Berjaya, Rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2022 hingga 20 Ogos 2022.
NOTA: Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei 2022
BACA JUGA: DUIT TABUNG HAJI CARA KELUARKAN ATAU WITHDRAW MELALUI ONLINE KE BANK
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
EPRASEKOLAH MOE GOV MY 2022 CARA PERMOHONAN ATAU PENDAFTARAN DAN SEMAKAN
CARA PERMOHONAN ATAU PENDAFTARAN
LANGKAH 1 : Ibu bapa atau penjaga yang layak menggunakan sistem ini, Serta pastikan email ibu bapa atau penjaga adalah email yang aktif bagi membolehkan anda menerima email daripada Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
LANGKAH 2 : Sila layari laman web rasmi EPrasekolah di = https://eprasekolah.moe.gov.my/
LANGKAH 3 : Sila klik pada butang daftar pengguna

LANGKAH 4 : Isi maklumat berikut:
- Nama penuh pengguna ( ibu bapa / penjaga )
- Nombor MyKad pengguna
- Nombor telefon pengguna
- Kata Laluan (kata laluan anda hendaklah memenuhi syarat berikut: mengandungi 8 hingga 12 aksara dan gabungan aksara yang terdiri dari huruf (sekurang-kurangnya 1 huruf besar) dan nombor sahaja (contoh: Epra1234). Penggunaan aksara simbol khas adalah tidak dibenarkan (Contoh %,&, @ dll) )
- Sahkan kata laluan (anda hanya perlu menaip semula kata laluan yang anda telah masukkan dibahagian kata laluan).
- Email Pengguna
- Sila pilih soalan keselamatan anda
- Sila taip jawapan kepada soalan keselamatan berikut

LANGKAH 5 : Setelah anda selasai mengisi maklumat berikut, sila tekan butang SIMPAN dan CETAK maklumat berikut
CARA LOG MASUK EPRASEKOLAH MOE GOV MY
Sila masukkan Nombor MyKad atau ID Pengguna dan masukkan Kata Laluan
NOTA: Sekiranya anda terlupa kata laluan anda hanya perlu tekan pada butang Terlupa Kata laluan dan sistem Eprasekolah akan menghantar email kepada anda untuk set semula kata laluan