in

ESYARIAH SEMAK STATUS PERKAHWINAN

esyariah semak status perkahwinan

ESYARIAH SEMAK STATUS PERKAHWINAN

Sekiranya anda ingin berkahwin atau merancang untuk berkahwin, anda boleh menyemak status perkahwinan pasangan yang ingin berkahwin melalui kad pengenalan pasangan yang terdapat dalam talian.

Melalui tinjauan dalam talian ini, anda dapat mengetahui sama ada pasangan yang anda inginkan adalah lelaki bujang, berkahwin atau bercerai.
Sebelum berkahwin, anda mesti sedikit sebanyak mengetahui latar belakang pasangan anda. Ini kerana anda akan memulakan hidup baru dengan pasangan anda dan anda pasti ingin mengetahui keadaan sebenar pasangan anda yang akan datang. Kini anda dapat memeriksa status perkahwinan pasangan anda dengan mendapatkan maklumat melalui laman web Esyariah. Melalui pemeriksaan dalam talian ini, anda akan dapat memahami keadaan pasangan anda untuk mengelakkan masalah pada masa akan datang.

BACA JUGA: CARA CHECK NOMBOR PERKESO SOCSO

ESYARIAH SEMAK STATUS PERKAHWINAN SECARA ONLINE

  1. Sila layari laman web rasmi ESyariah di pautan ini (http://www.esyariah.gov.my/).
  2. Di paparan utama sila Cari & Pilih ruangan SEMAK STATUS KES.
  3. Untuk Carian Kes, sila Pilih Mal.
  4. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pasangan anda yang ingin di semak.
  5. Pastikan anda isi Nombor Kad Pengenalan dengan sempang atau dash.
  6. Contohnya, 770803-14-XXXX.
  7. Klik Butang Cari.
  8. Hasil Semak Status Kes akan dipaparkan.
  9. Pastikan Butiran Maklumat Peribadi yang dipaparkan adalah pasangan anda.
  10. Di paparan ini anda akan mendapat maklumat status bakal pasangan anda untuk sebelum ini.
  11. Jika tiada kes atau rekod perkahwinan bermaksud pasangan anda masih lagi bujang dan tiada kes.
  12. Selesai.

Untuk sebarang pertanyaan sila layari laman web rasmi E-syariah (http://www.esyariah.gov.my/)

Contoh Kod Kes Mal Mahkamah Syariah

  • 001 Rayuan
  • 002 Permohonan Kebenaran Merayu
  • 003 Semakan
  • 004 Permohonan Tegahan / Injunksi Membawa Anak Keluar Malaysia
  • 005 Permohonan Tegahan / Injunksi Terhadap Gangguan
  • 006 Permohonan Pengesahtarafan Anak
  • 007 Tuntutan Pengesahan Waqaf
  • 008 Tuntutan Pengesahan Nazar
  • 009 Tuntutan Gantirugi Pertunangan
  • 010 Permohonan Pengesahan / Perintah Nikah
  • 011 Permohonan / Tuntutan Kebenaran Poligami
  • 012 Permohonan Perintah Daftar Nikah Poligami
  • 013 Permohonan Perisytiharan Pembubaran Perkahwinan Sebab Pertukaran Agama
  • 014 Tuntutan Fasakh
  • 015 Permohonan Anggapan Mati
  • 016 Tuntutan Muta’ah
  • 017 Tuntutan Harta Sepencarian
  • 018 Tuntutan Nafkah Isteri
  • 019 Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tak Upaya
  • 020 Tuntutan Cagaran Nafkah
  • 021 Tuntutan Nafkah Eddah
  • 022 Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah anak / isteri / lain-lain
  • 023 Tuntutan Tunggakan Nafkah anak / isteri / lain-lain
  • 024 Tuntutan Nafkah Anak
  • 026 Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak / Nafkah Anak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara check nombor perkeso

CARA CHECK NOMBOR PERKESO SOCSO