in

GAJI MINIMUM RM1500 : AKHIR TAHUN 2022 BAKAL DILAKSANAKAN

GAJI MINIMUM RM1500

GAJI MINIMUM RM1500 : AKHIR TAHUN 2022 BAKAL DILAKSANAKAN

Pekerja di Malaysia dijangka akan menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai sekitar RM1,500 sebulan sebelum penghujung tahun ini.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata walaupun nilai sebenar kadar baharu itu belum dimuktamadkan, beliau positif perkara itu boleh direalisasikan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Katanya, secara peribadi beliau merasakan kadar gaji minimum baharu itu perlu diselesaikan secepat mungkin selain perlu dinaikkan.

Walaubagaimanapun ia tetap bergantung kepada keputusan Jemaah Menteri.

BACA JUGA DISINI : HARGA ROADTAX 2022 : SEMENANJUNG DAN SABAH SARAWAK

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

“Kajian yang dilakukan juga sudah selesai. Kita sudah ada angka gaji minimum untuk dibawa sebagai cadangan dan akan diumumkan selepas dipersetujui Jemaah Menteri.

“Secara peribadi juga saya merasakan, gaji minimum sedia ada perlu dinaikkan walaupun ada pekerja swasta diberikan kadar lebih tinggi dari paras itu tetapi dalam kerajaan masih ada.

“Saya tidak boleh nyatakan lagi kadar gaji minimum yang dicadangkan Kementerian Sumber Manusia tetapi ia berada di paras sekitar RM1,500 ke bawah,” katanya menerusi laporan oleh Berita Harian Online.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai, berkata pengilang bimbang terhadap kenaikan segera gaji minimum kepada RM1,500 meningkatkan kos perniagaan yang berisiko buat mereka.

“Namun kami menerima jika kenaikan ini dilaksanakan secara beransur-ansur di bawah semakan gaji minimum semasa yang akan diputuskan Majlis Perundingan Gaji Negara.

Mengulas usaha menetapkan gaji baharu itu, Saravanan turut mengakui bahawa Malaysia sebenarnya agak terlambat memutuskan perkara itu dan kementerian berusaha supaya ia akan direalisasikan menjelang akhir tahun 2022 ini.

“Kita agak terlewat dalam perkara ini, namun kementerian sudah menyelesaikan kajian mengenai gaji baharu itu dan akan mengemukakan cadangan mengikut perundangan bagi menaikkan gaji minuman dari RM1,200 dan semuanya kini bergantung kepada Jemaah Menteri,” katanya.

Katanya, walaupun kerajaan tidak menaikkan kadar gaji minimum selama beberapa tahun, ada majikan khususnya swasta mengambil inisiatif memberikan kadar lebih tinggi.

TAHUN 2020 GAJI MINIMUM DINAIKKAN SEBANYAK RM1200

Untuk rekod, kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.

Berdasarkan Perintah Gaji Minimum 2020, Seksyen 23 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), menyatakan kadar gaji minimum perlu dibayar kepada pekerja dalam mana-mana kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran adalah sebanyak RM1,200 sebulan, RM46.15 sehari (enam hari bekerja dalam seminggu), RM55.38 sehari (lima hari) dan RM69.23 sehari (empat hari), manakala bayaran setiap jam adalah RM5.77.

Gaji RM1,100 sebulan terpakai untuk kawasan selain Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran atau harian RM42.31 (enam hari bekerja dalam seminggu), RM50.77 (lima hari) dan RM63.46 (empat hari), manakala bayaran setiap jam adalah RM5.29.

Gaji minimum RM1,200 terpakai di 16 Majlis Bandaraya iaitu Johor Bahru, Iskandar Puteri, Alor Setar, Melaka Bersejarah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ipoh, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, Kuching Utara, Kuching Selatan, Miri, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Seremban.

Ia juga terpakai di 40 Majlis Perbandaran membabitkan enam di Johor, Kedah (4), Kelantan (1), Melaka (3), Negeri Sembilan (2), Pahang (3), Perak (4), Perlis (1), Selangor (6), Terengganu (2), Sabah (3), Sarawak (4) dan Putrajaya.

“Ikut perundangan, gaji_minimum adalah RM1,200 (kawasan Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran; RM1,100, selain kawasan Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran) tetapi ada majikan memberi kelonggaran untuk memberi gaji lebih tinggi daripada kadar jumlah itu.

“Malah, ada yang memberi gaji_minimum tetapi turut memberi beberapa inisiatif lain seperti tempat tinggal serta kebajikan yang lebih terjaga,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun PERINTAH GAJI_MINIMUM WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

Atau

Rujuk Perintah Gaji Minimum 2020 sepenuhnya di sini: https://www.mohr.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UPUONLINE PERMOHONAN 2022/2023

UPUONLINE PERMOHONAN 2022/2023