CARA GUNA SMART ORDER J&T : CARA DAFTAR SMART ORDER J&T
J&T Express sekarang telah memperkenalkan sistem SMART ORDER untuk penghantaran parcel.Sistem ini memudahkan pengguna kerana anda tidak lagi perlu menyebut alamat penerima satu persatu di kaunter seterusnya proses pengeposan menjadi lebih pantas dan menjimatkan banyak masa.
Disini langkah untuk mendaftar dan cara penggunaan SMART ORDER.
Sebelum itu ketahui dahulu apa itu SMART ORDER J&T
Smart Order merupakan satu sistem secara atas talian yang memudahkan pengguna untuk membuat order penghantaran barangan. Order ini dalam kata mudah, membuat tempahan penghantaran barang.
KELEBIHAN SMART ORDER adalah seperti berikut:
- Buat tempahan di aplikasi Smart Order Courier JnT Express
- Lengkapkan maklumat penghantaran barangan anda.
- Bawa barang yang ingin di pos ke cawangan terdekat.
- Scan QR code yang akan anda peroleh, bayar dan tinggalkan barangan.
- Selesai
CARA MUAT TURUN APPLIKASI J&T EXPRESS (download) BAGI MEMUDAHKAN URUSAN ANDA
Bagi pengguna Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jtexpress.MyClient&hl=en
Bagi pengguna IOS: https://itunes.apple.com/my/app/j-t-malaysia/id1375858773?mt=8
CARA DAFTAR SMART ORDER J&T
Setelah memuat turun aplikasi J&T Express, berikut adalah cara daftar:
- Buka aplikasi tersebut dan klik pada butang “Sign Up”. Masukkan referral code (sekiranya ada)
- Masukkan nombor telefon anda
- Tetapkan username anda inginkan
- Ciptakan password anda inginkan.
- Klik Pada Get Code, kemudian masukkan kod verifikasi yang akan dihantar ke telefon anda.
- Klik butang “Next”
- Selesai pendaftaran anda
CARA GUNA SMART ORDER J&T
Setelah selesai proses pendaftaran seperti di atas, berikut adalah cara guna Smart Order J&T Express:
- Log masuk aplikasi J&T anda
- Pada bahagian halaman utama, klik pada
-Single Order – Sekiranya anda ingin hantar 1 pesanan sahaja.
-Bulk Orders – Sekiranya lebih pada 1 barangan - Pada bahagian pertama, anda perlu masukkan maklumat Sender (Penghantar) iaitu anda:
-Nama,
-Nombor telefon
-Alamat rumah. - Kemudian klik Next
- Seterusnya masukkan maklumat Recipient (Penerima).
-Nama
-Nombor telefon
-Alamat kediaman - Kemudian Klik Next
- Pada bahagian Item iaitu barang yang ingin poskan. Anda pilih Drop Off, masukkan maklumat barang anda (pada bahagian desciption), insurance jika mahu dan tetapkan berat parcel anda tersebut. Klik Next
- Akan dipaparkan Order Detail dimana segala maklumat akan dipaparkan seperti yang anda key-in sebentar tadi termasuk harga parcel yang anda perlu bayar di kaunter J&T nanti iaitu berdasarkan berat barang.
- Disini juga, akan diberikan kod bar beserta kod QR. Kod inilah yang anda perlu tunjukkan pada staff di kaunter J&T ketika ingin drop barang anda tersebut.
- Datang kaunter, mereka akan scan kod QR tersebut dan anda bayar sahaja. Segala maklumat dah ada tadi.
- Selesai
SEMAKAN STATUS PENGHANTARAN BARANG J&T
Setelah anda membuat penghantaran barang, semestinya anda ingin mengetahaui status penghantaran baran anda. Berikut adalah caranya
- Log masuk aplikasi J&T anda
- Klik pada tab Status dan akan dipaparkan maklumat Sent dan To Receive.
- Ada boleh tahu status barang anda sudah berjaya delivery atau belum.
BACA JUGA DISINI:
Skim Bantuan Peniaga Kecil: Go Digital Pembiayaan Sehingga RM5000 Hijrah Selangor
2 Comments
Leave a Reply2 Pings & Trackbacks
Pingback:SHOPEE EXPRESS TRACKING NUMBER : STANDARD DELIVERY TRACKING SHOPEE,SEMAK NO TRACKING DAN HARGA PENGHANTARAN | PORTAL PERMOHONAN
Pingback:MAKSUD ON HOLD KEADAAN KHAS J&T : STATUS KEADAAN KHAS J&T | PORTAL PERMOHONAN