in

INTIPATI BELANJAWAN SELANGOR 2022 (BANTUAN KERAJAAN SELANGOR UNTUK RAKYAT)

INTIPATI BELANJAWAN SELANGOR 2022 (BANTUAN KERAJAAN SELANGOR UNTUK RAKYAT)

INTIPATI BELANJAWAN SELANGOR 2022 (BANTUAN KERAJAAN SELANGOR UNTUK RAKYAT)

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari telah membuat pembentangan Belanjawan 2022 berjumlah RM2.343 bilion merangkumi RM1.22 bilion atau 52 peratus bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.123 bilion atau 48 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.

Menurut beliau di Dewan Negeri Selangor itu, dengan mengambil kira jangkaan hasil negeri yang berjumlah RM2.1 bilion dan anggaran perbelanjaan berjumlah RM2.323 bilion, Belanjawan 2022 akan mengalami defisit berjumlah RM293 juta yang membabitkan lima teras yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi berimpak tinggi, membangun masyarakat penyayang, mengukuhkan agenda kesihatan awam, mewujudkan persekitaran hijau serta mengoptimumkan digitalisasi di seluruh Selangor.

Menurutnya lagi, RM416.15 juta untuk teras pertama bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi berimpak tinggi dan meningkatkan kecekapan penyampaian, RM138.13 juta bagi ketersambungan jaringan jalan raya, RM1 bilion (GDV) Sungai Klang dan RM114.6 juta untuk industri pelancongan (2021-2025).

Selain itu, bagi teras kedua adalah untuk membangun masyarakat penyayang dan kesejahteraan sosial sebanyak RM305.19 juta termasuk program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) berjumlah RM108 juta, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) juga pembinaan sekolah rendah agama.

Seterusnya, teras ketiga pula membabitkan RM65 juta untuk kesihatan awam di Selangor yang mana RM46 juta diperuntukkan untuk Iltizam Selangor Sihat. Teras ini adalah bagi melindungi kesihatan bagi 90,000 penerima pesakit kronik dan ini akan memperbaiki perlindungan kesihatan awam bagi warga Selangor. Tambahan pula, di bawah peruntukan ini juga, sebanyak RM1.5 juta untuk program saringan kesihatan percuma, juga RM2 juta untuk cakna kesihatan mental.

Bagi Teras Keempat pula, sebanyak RM190.73 juta diperuntukkan bagi mewujudkan persekitaran hijau dan meluaskan pembangunan lestari. Dimana sebanyak RM100 juta untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air, RM 9.25 juta untuk tebatan banjir serta RM15.6 juta untuk pembangunan lembangan sungai.

Akhirnya, Teras Kelima adalah sejumlah RM316 juta bagi mengukuhkan teknologi pintar dan digitalisasi.

BACA JUGA: CARA BUAT ADUAN MAJIKAN TIDAK BAYAR GAJI MINIMA RM1200

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

INTIPATI BELANJAWAN SELANGOR 2022 (BANTUAN KERAJAAN SELANGOR UNTUK RAKYAT)

  1. Bajet 2022 Bonus Penjawat Awam
  2. Bantuan BPN
  3. Bantuan BSH
  4. Bajet 2022 Bantuan BPR CARA SEMAK DAN DAPATKAN NOMBOR BAUCAR BPR (PEMBAYARAN TUNAI DI BSN) & PEMERKASA PLUS BPR TAMBAHAN (CHECK STATUS DAN TARIKH BAYARAN)
  5. Pelajar IPT & Pendidikan Tinggi
  6. Pelajar Sekolah KPM
  7. Bantuan Bujang 2022
  8. Bantuan Oku Bajet 2022
  9. Ibu Tunggal LANGKAH DAFTAR MOHON PROGRAM KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA
  10. Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2022
  11. Ewallet ESTART CARA POHON DAN TEBUS KREDIT BELIA RM150
  12. Belanjawan 2022 Mysalam
  13. Bantuan Beli Rumah Pertama
  14. Semak Bantuan JKM
  15. Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2022 (Tax Relief)
  16. Bajet 2022 Bantuan Perkeso
  17. Bantuan Jaringan Prihatin B40
  18. Moratorium Bajet 2022
  19. Diskaun Ptptn Bajet 2022 SEMAKAN KELAYAKAN DISKAUN PINJAMAN PTPTN
  20. Bajet 2022 Kwsp CARA MEMOHON ISAYANG KWSP
  21. Bantuan Untuk Majikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA BUAT ADUAN MAJIKAN TIDAK BAYAR GAJI MINIMA RM1200

CARA BUAT ADUAN MAJIKAN TIDAK BAYAR GAJI MINIMA RM1200

CARA BUAT SURAT BERHENTI KERJA

CARA BUAT SURAT BERHENTI KERJA