in , ,

KALKULATOR PENGIRAAN KWSP AKAUN 3 2024 : CARA PENGELUARAN ONLINE

KALKULATOR PENGIRAAN KWSP AKAUN 3

KALKULATOR PENGIRAAN KWSP AKAUN 3 2024 : CARA PENGELUARAN ONLINE

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 12 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN KWSP AKAUN 3 : CARA PINDAHAN ONLINE

Akaun ahli akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun seperti berikut: –

  • Akaun Persaraan (75%) untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;
  • Akaun Sejahtera (15%) untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan
  • Akaun Fleksibel (10%) sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)?

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.

Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

CARA PENGIRAAN SEMULA AKAUN 3

Penstrukturan semula akaun KWSP melibatkan perubahan daripada dua (2) akaun kepada tiga (3) akaun seperti berikut:

  • Akaun sedia ada dinamakan semula daripada Akaun 1 kepada “Akaun Persaraan”; dan
  • Akaun 2 pula dinamakan “Akaun Sejahtera” tanpa perubahan pada tujuan di kedua-dua akaun tersebut;
  • Memperkenalkan satu akaun baharu iaitu Akaun ke-3 iaitu “Akaun Fleksibel”;
  • Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh diakses atau dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila mengikut keperluan, tertakluk kepada terma dan syarat.
  • Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun 1 Persaraan (75%), Akaun 2 Sejahtera (15%) dan Akaun 3 Fleksibel (10%).
CARA PENGIRAAN SEMULA AKAUN 3

CARA MEMBUAT PEMINDAHAN DARI AKAUN 2 (Akaun Sejahtera) KE AKAUN 3 (Akaun Fleksibel)

  1. Login I-Akaun
  2. Anda akan melihat laman utama I-Akaun Anda.
  3. Klik pada Ketahui Lanjut (Atas Kiri).
  4. Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.(Dibaca)
  5. Klik Teruskan.
  6. Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik “Pindah Sekarang”.
    Peringatan Penting
    Anda hanya boleh melakukan SEKALI pemindahan sahaja. Tarikh akhir PEMINDAHAN adalah 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk TIDAK memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3.
  7. Klik Teruskan.
  8. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.
  9. Klik Teruskan sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.
  10. Perakuan Ahli – Klik Terima.
  11. Klik “Ya” sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.
  12. Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja)

CARA PINDAHAN KWSP AKAUN 3

  1. Untuk makluman, setelah anda membuat pemindahan amaun permulaan ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel), anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 3 ke akaun bank anda.
  2. Cara melakukan PENGELUARAN Akaun 3 (Akaun Fleksibel)
  3. Login I-Akaun.
  4. Klik Pengeluaran.
  5. Klik pada “Keluarkan simpanan anda”
  6. Pilih jenis pengeluaran anda.
  7. Klik Akaun Fleksibel
  8. Jumlah yg boleh dikeluarkan tertera di bahagian kanan atas.
  9. “Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX”
  10. Klik “Keluarkan Sekarang”.

SYARAT-SYARAT PENGELUARAN AKAUN 3

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:

  1. Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
  2. Belum mencapai umur 55 tahun
  3. Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
  4. Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50

TARIKH PERLAKSANAAN

Penstrukturan semula akaun KWSP terpakai kepada semua Ahli KWSP termasuk bukan warganegara Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun pada 11 Mei 2024.

KALKULATOR PENGIRAAN KWSP AKAUN 3 (CONTOH PENGIRAAN)

Berikut dikongsikan contoh-contoh untuk memudahkan anda lebih faham bagaimana penstrukturan baru KWSP ini akan memberi kesan kepada pencarum nanti.

CONTOH PENGIRAAN PINDAHAN AKAUN 3

MAKLUMAT LANJUT

  1. Facebook : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  2. Hotline : 03-8922 6000
  3. Laman web rasmi :
  4. https://www.kwsp.gov.my
  5. Kenyataan media: https://www.kwsp.gov.my/ms/w/penstrukturan-akaun-kwsp-
  6. Soalan Lazim (FAQ) Akaun 3 : https://www.kwsp.gov.my/ms/penstrukturan-akaun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA PINDAH AKAUN 2 KE AKAUN 3

CARA PINDAH AKAUN 2 KE AKAUN 3 KWSP 2024 : MOHON ONLINE