in , ,

KEMASKINI MATRIKULASI 2024 : KEMASKINI SEKARANG

KEMASKINI MATRIKULASI

KEMASKINI MATRIKULASI 2024 : KEMASKINI SEKARANG

Program Matrikulasi KPM menawarkan empat jurusan iaitu:

  1. Jurusan Sains:
    • Sains Hayat
    • Sains Fizikal
    • Sains Komputer
  2. Jurusan Kejuruteraan
    • Asas Kejuruteraan
    • Kejuruteraan Awam
    • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    • Kejuruteraan Mekanikal
  3. Jurusan Perakaunan
  4. Jurusan Perakaunan Profesional

Pencapaian akademik pelajar dinilai berdasarkan kaedah seperti berikut:

  • Penilaian Berterusan (PB) – tugasan individu/kumpulan, laporan
  • amali, esei, pembentangan, ujian praktikal, forum dan lain-lain.
  • Ujian Penilaian Sumatif (UPS).
  • Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred
Kumulatif (PNGK) digunakan bagi menentukan pencapaian akademik
pelajar.

SYARAT MEMOHON KEMASUKAN MATRIK

  • Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari
    2024.
  • Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam
    peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa

BACA JUGA: UPUONLINE PERMOHONAN 2022/2023

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

MATRIKULASI 2024 PERMOHONAN KEMASUKAN

Permohonan akan dibuka pada 15 DISEMBER sehingga 31 MAC 2024

NOTA: Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi pelajar lepasan SPM 2023 akan mula dibuka pada bulan Disember 2023.Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my

SYARAT LAYAK MASUK MATRIKULASI

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM
2023:

  • Jurusan Sains
    C Bahasa Melayu
    C Bahasa Inggeris
    B Matematik
    C Matematik Tambahan
    C Kimia
    C Fizik atau Biologi
    Lulus Sejarah
  • Jurusan Kejuruteraan
    C Bahasa Melayu
    C Bahasa Inggeris
    B Matematik
    C Matematik Tambahan
    C Fizik
    C dalam satu daripada mata pelajaran berikut:
    Biologi/ Sains Tambahan / Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/
    Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ / Sains Komputer/ Sains
    Sukan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/
    Perdagangan/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian
    Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    Lulus Kimia
    Lulus Sejarah
  • Jurusan Perakaunan
    C Bahasa Melayu
    C Bahasa Inggeris
    C Matematik
    C dalam tiga (3) daripada mata pelajaran berikut:
    Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains/ Sains Tambahan/
    Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah
    Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Grafik Komunikasi
    Teknikal/ Prinsip Perakaunan / Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/
    Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian
    Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian
    Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    Lulus Sejarah
  • Jurusan Perakaunan Profesional
    C Bahasa Melayu
    A- Bahasa Inggeris
    A Matematik
    C Matematik Tambahan
    A dalam tiga (3) daripada mata pelajaran berikut:
    Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/
    Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/
    Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik
    Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/
    Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/
    Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
    Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    Lulus Sejarah

CARA BUAT SEMAKAN MATRIKULASI 2024

Bila tarikh keputusan tawaran Matrikulasi diumumkan? Panduan buat pelajar SPM 2023 yang telah membuat application ke Program Matrikulasi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) sesi akademik 2024/ 2025. Berdasarkan kepada tarikh tahun-tahun sebelumnya, semakan keputusan Matrikulasi 2024 dijangka akan diumumkan sekitar bulan Jun 2024. Namun pada tahun lepas, keputusan tawaran Matrikulasi telah diumumkan pada 26 Jun 2023.

Untuk makluman, semakan keputusan tawaran Matrikulasi KPM mereka yang berjaya akan dikeluarkan dalam tempoh masa 30 hari bekerja selepas result SPM 2023 diumumkan secara rasmi. Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan tarikh rasmi keputusan diumumkan. Kami akan berkongsi tarikh rasmi selepas diumumkan oleh pihak KPM.

CARA BUAT SEMAKAN MATRIKULASI SECARA ONLINE

Sistem aplikasi semakan secara atas talian KLIK MOE MATRIKULASI

  1. Jika pelajar berjaya mendapat tawaran, pelajar perlu membuat pendaftaran ke Kolej Matrikulasi secara dalam talian.
  2. Klik Setuju Terima dan jawab soal selidik di matrikulasi.moe.gov.my. Terima surat tawaran (sudah ada nama kolej dan jurusan) Pelajar perlu membuat pembayaran dahulu, mengikut lokasi penempatan kolej yang ditetapkan di mana setiap penempatan mempunyai maklumat bank yang berlainan untuk tujuan bayaran.

CARA BUAT SEMAKAN MATRIKULASI SECARA SMS

Tawaran Program Matrikulasi juga boleh disemak melalui Perkhidmatan SMS dengan menaip:-

MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

Nota : Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

PERMOHONAN FASA 2 MATRIKULASI

Makluman permohonan fasa 2 dan kemaskini akan di buka pada 27 hingga 31 Mei 2024 jam 12 tengah hari bagi lepasan SPM 2023. Permohonan adalah percuma.

CARA KEMASKINI MATRIKULASI

  • Klik Kemaskini Matrikulasi 
  • Sistem Aplikasi Kemaskini Borang Permohonan Program Matrikulasi 2023 / 2024 Secara Online hanya akan diaktifkan bermula tarikh rasmi seperti yang dinyatakan. Sila ikuti arahan dan dapatkan keterangan lanjut di laman Sistem Aplikasi tersebut

Untuk kemaskini matriks pemohon haruslah mengisi butir-butir seperti nombor kad pengenalan atau nombor lembaga peperiksaan dan nombor angka giliran SPM.

CARA BUAT RAYUAN MATRIKULASI (RAYUAN SECARA ONLINE)

Applikasi rayuan adalah sama dengan applikasi semakan secara atas talian di atas.

MAKLUMAT LANJUT

maklumat lanjut sila ke laman web rasmi KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA = https://www.moe.gov.my/

ATAU

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.[email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4035

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KEMASKINI MATRIKULASI

KEMASKINI MATRIKS 2024 : KEMASKINI SEKARANG

BUDI MADANI

BUDI MADANI : PERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI DIESEL