in ,

KHAS UNTUK PENCARUM SIP PERKESO : SIJIL PROFESIONAL (LATIHAN) DAN ELAUN BULANAN AKAN DIBERIKAN – PENDAFTARAN DAN PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG

KHAS UNTUK PENCARUM SIP PERKESO

KHAS UNTUK PENCARUM SIP PERKESO : SIJIL PROFESIONAL (LATIHAN) DAN ELAUN BULANAN AKAN DIBERIKAN – PENDAFTARAN DAN PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG

KHAS UNTUK PENCARUM SIP PERKESO : SIJIL PROFESIONAL (LATIHAN) DAN ELAUN BULANAN AKAN DIBERIKAN – PENDAFTARAN DAN PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG

Untuk makluman anda, jika anda merupakan individu yang telah hilang pekerjaaan pada tahun 2019,2020,2021 dan 2022, dimana anda diberhentikan atau kehilangan pekerjaan akibat syarikat terdahulu tidak lagi beroperasi atau bankrup, atau tempat kerja sebelum ini menawarkan VSS/MSS sebagai Pakej Perberhentian Kerja, atau dipaksa berhenti oleh majikan terdahulu, atau berhenti akibat gangguan seksual di tempat kerja, atau berhenti akibat dipaksa untuk melakukan kerja yang bahaya di tempat kerja, dan juga berhenti akibat majikan telah melanggar kontrak yang ditetapkan, pihak PERKESO telah menawarkan latihan atau kursus khas yang dibiayai sepenuhnya untuk pencarum PERKESO yang mengalami situasi yang dinyatakan tadi. Khas untuk pencarum SIP PERKESO.

Baca Juga Disini : PERKESO SIP GIG 2022 :PERMOHONAN RM600-800 SELAMA 6 BULAN

OBJEKTIF KURSUS PROFESIONAL SKIM SIP PERKESO 2022

Tujuan pelaksanaan Kursus Profesional Skim SIP PERKESO atau Latihan Dibiayi sepenuhnya ini adalah untuk membina semula keyakinan pencarum SIP PERKESO untuk kembali bekerja. Selain itu juga, menerusi latihan yang diberikan pencarum ini dapat meningkatkan ilmu mereka supaya kekal relevan dan kompetitif dan juga memberi peluang kepada pencarum ini untuk mencuba bidang baru melalui persediaan kursus dan latihan yang telah diikuti dan disertai.

SYARAT KELAYAKAN KURSUS PROFESIONAL DIBAWAH SKIM SIP PERKESO 2022

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang mestilah dipatuhi oleh pemohon yang ingin mendaftar kursus professional yang ditanggung sepenuhnya dibawah SIP PERKESO :

  • Pemohon mestilah dalam kategori Hilang Pekerjaaan pada Tahun 2019,2020,2021 dan 2022.
  • Atau Pemohon diberhentikan atau kehilangan pekerjaan akibat syarikat terdahulu tidak lagi beroperasi atau bankrup.
  • Atau Syarikat yang pemohon bekerja sebelum ini menawarkan VSS/MSS sebagai Pakej Perberhentian Kerja.
  • Atau Pemohon dipaksa berhenti oleh majikan terdahulu. Pemohon dikehendaki mengemukakan bukti atau laporan menunjukkan dipaksa berhenti.
  • Atau Pemohon berhenti akibat gangguan seksual di tempat kerja. Pemohon mestilah sediakan bukti dan laporan.
  • Atau pemohon berhenti akibat dipaksa untuk melakukan kerja yang bahaya di tempat kerja.
  • Juga perlu sediakan bukti dan laporan.
  • Atau Pemohon berhenti akibat majikan telah melanggar kontrak yang ditetapkan. Contohnya : memendekkan tempoh kontrak pekerjaan asal. Perlu sediakan bukti dan laporan.
  • Dan Pemohon mestilah mempunyai caruman PERKESO dan SIP.

PEMOHON YANG TIDAK LAYAK SERTAI KURSUS ATAU LATIHAN

Ini adalah kategori pemohon atau pencarum PERKESO yang TIDAK LAYAK menyertai Kursus atau Latihan SIP PERKESO :

  • Mencapai tempoh persaraan.
  • Diberhentikan akibat salah laku seperti masalah disiplin atau tidak memenuhi KPI syarikat.
  • Kakitangan Kontrak Kerajaan atau Badan Berkanun seperti Polis dan Askar tidak layak memohon.
  • Berhenti kerja pilihan sendiri atau secara sukarela.
  • Pemohon tidak pernah mencarum PERKESO sepanjang tempoh pekerjaan sebelum ini.
  • Suri Rumah, Pelajar atau Graduan Menganggur tidak layak memohon.
  • Dipotong gaji dan masih bekerja.
  • Bekerja Sendiri/Sambilan/Freelancer tidak layak memohon.

SENARAI KURSUS PROFESIONAL DIBIAYAI SEPENUHNYA DIBAWAH SKIM SIP PERKESO 2022

Berikut adalah senarai Kursus Profesional Skim SIP PERKESO 2022 :

  1. Sijil Profesional Kewangan Perniagaan dan Sumber Manusia.
  2. Sijil Profesional Bahasa Mandarin Asas untuk Jualan dan Pemasaran.

SYARIKAT PENYEDIA LATIHAN

Berikut adalah Syarikat yang menyediakan kursus SIP 2022 :

Nama Syarikat : IN Global Venture

No Pendaftaran SSM : SA0426157A

CARA MOHON KURSUS PROFESIONAL SIP PERKESO 2022

CARA MEMBUAT PERMOHONAN/PENDAFTARAN/REGISTER KURSUS PROFESIONAL YANG DIBIAYAI SEPENUHNYA DIBAWAH SKIM SIP PERKESO 2022 SERTA MENDAPAT SIJIL PROFESIONAL DAN ELAUN BULANAN.

  1. Sila Klik Link Permohonan Kursus Profesional SIP PERKESO 2022 : https://forms.gle/pzqhme4HdkxcCCp7A.
  2. Seterusnya, pastikan anda baca penerangan yang diberikan di Borang tersebut.
  3. Kemudian, masukkan Emel anda di ruangan yang disediakan. Pastikan Alamat Emel anda betul supaya anda dapat dihubungi apabila Borang anda dihantar.
  4. Masukkan Nama Penuh anda.
  5. Sila pilih salah satu Kursus/Latihan yang disediakan. [Tick] samada Sijil Profesional Kewangan Perniagaan dan Sumber Manusia atau Sijil Profesional Bahasa Mandarin Asas untuk Jualan dan Pemasaran.
  6. Seterusnya, jawab soalan “Adakah Anda Kehilangan Kerja? Jika Ya, Apakah Puncanya?”. [Tick] sebab anda kehilangan pekerjaan di pilihan jawapan yang diberikan.
  7. Masukkan Tarikh anda Diberhentikan Kerja atau Bakal Diberhentikan Kerja.
  8. [Tick] sama ada anda Pencarum PERKESO atau Tidak. Jika anda Tidak Pernah Mencarum PERKESO anda TIDAK LAYAK MEMOHON.
  9. [Tick Ya/Tidak] “Adakah Anda Pernah Menyertai Kursus di Bawah EIS/SIP?”.
  10. Kemudian, masukkan Nombor Telefon Bimbit anda. Pastikan Nombor Telefon yang diberikan ini adalah aktif dan dapat dihubungi jika permohonan anda diterima.
  11. Klik [Submit].
  12. Permohonan Kursus SIP PERKESO pembiayaan sepenuhnya telah berjaya dihantar. Anda akan dihubungi oleh pihak yang berkenaan jika berjaya atau tidak berjaya.
  13. Selesai.

NOMBOR HOTLINE KURSUS PROFESIONAL DIBAWAH SKIM SIP PERKESO 2022

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, sila hubungi Pengurus Pengambilan Kursus ini seperti yang di bawah :

Cik Amira : (011-17077131) (Whatsapp sahaja).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPEE INSTALLMENT MALAYSIA CARA BELI BARANG SECARA ANSURAN