in ,

KIOSK BANTUAN MYSEJAHTERA 2022 (LOKASI / TARIKH / WAKTU OPERASI)

KIOSK BANTUAN MYSEJAHTERA 2022 (LOKASI / TARIKH / WAKTU OPERASI)

KIOSK BANTUAN MYSEJAHTERA 2022 (LOKASI / TARIKH / WAKTU OPERASI)

Kiosk Bantuan MySejahtera akan diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dan Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam. Kiosk ini menyediakan bantuan untuk menyelesaikan isu dalam aplikasi MySejahtera, kecuali Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewujudkan “Helpdesk” atau kiosk bantuan fizikal bagi menangani masalah berkaitan maklumat dalam aplikasi MySejahtera. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan melalui kerjasama media sosial bahawa kiosk bantuan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) mula beroperasi hari ini dan mendapat sambutan yang baik oleh rakyat Malaysia.

BACA JUGA: SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM 2022 SPA9 (CARA LOGIN / SEMAKAN / PERMOHONAN / PENDAFTARAN)

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

LOKASI / TARIKH / WAKTU OPERASI

LOKASI BANTUAN

Program akan diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dan Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam.

PERHATIAN: Mereka yang berada dibawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Home Surveillance Order HSO) TIDAK DIBENARKAN memasuki kawasan Kiosk Bantuan MySejahtera. Mereka hanya dibenarkan menggunakan interaktif Helpdesk sahaja sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai maklumat dalam aplikasi MySejahtera.

TARIKH BANTUAN

Dibuka setiap hari bermula 19 Februari 2022 hingga 15 Mac 2022

Hal ini adalah kerana, program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai.

WAKTU BEROPERASI

Program ini dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang

sebanyak 400 tiket akan dikeluarkan setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga habis. Hal ini adalah untuk mengawal kesesakan dan pematuhan SOP.

NOTA: Hanya isu perseorangan / tanggungan di MySejahtera, tidak termasuk isu mengenai sijil vaksinasi di bawah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) industri akan diberikan perkhidmatan di kiosk bantuan.

DOKUMEN -DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Kad vaksinasi fizikal
  • Kad pengenalan
  • Dokumen vaksinasi daripada luar negara
  • Passport
  • Surat Pengesahan tamat HSO
  • Dokumen pelancongan / perjalanan ke luar atau dari luar negara
  • Memo berkaitan saringan kesihatan daripada luar negara
  • Dokumen VTL (Udara & air)

Anda juga boleh membawa dokumen yang berkaitan dengan masalah anda.

MAKLUMAT LANJUT

maklumat lanjut sila ke laman web rasmi MySejahtera = https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/

ATAU

MySejahtera Helpdesk di aplikasi MySejahtera anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM 2022 SPA9 (CARA LOGIN / SEMAKAN / PERMOHONAN / PENDAFTARAN)

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM 2022 SPA9 (CARA LOGIN / SEMAKAN / PERMOHONAN / PENDAFTARAN)

GERAN BBKM TEKUN 2022 PERMOHONAN RM3000 BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

GERAN BBKM TEKUN 2022 PERMOHONAN RM3000 BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA