in

KOLEJ PROFESIONAL MARA 2022 (CARA PERMOHONAN / SYARAT / SEMAKAN)

KOLEJ PROFESIONAL MARA 2022 (CARA PERMOHONAN / SYARAT / SEMAKAN)

KOLEJ PROFESIONAL MARA 2022 (CARA PERMOHONAN / SYARAT / SEMAKAN)

Permohonan adalah untuk calon-calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan pada tahun 2021 dan ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2 2022/2023 pengambilan Julai dan peringkat asasi di Kolej MARA (KM) Sesi 2022/2023. Program diploma KPM dan Asasi KM ini merupakan peluang pengajian yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.

BACA JUGA: SULUNG KPT 2022 PERMOHONAN ATAU SEMAKAN SISWA SULUNG KELUARGA MALAYSIA B40 & M40

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

KOLEJ PROFESIONAL MARA 2022 (CARA PERMOHONAN / SYARAT / SEMAKAN)

TARIKH PERMOHONAN

MULATAMAT
22 FEBRUARI 202230 JUN 2022

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi MARA = https://www.mara.gov.my/ ATAU anda boleh ke laman web rasmi Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) = https://apponline.mara.gov.my/upimonline

NOTA: Dalam permohonan bagi calon lepasan SPM 2021 DIWAJIBKAN untuk mengisi maklumat keputusan SPM dengan keputusan peperiksaan percubaan SPM ATAU keputusan peperiksaan akhir tahun.

Sebelum tarikh tutup permohonan, calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini, atau meminda maklumat permohonan.

Calon perlu pastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat. Serta, Slip Pengesahan Permohonan tidak perlu dihantar bersama permohonan, ia hanya perlu disimpan sebagai bukti permohonan.

PENILAIAN KHAS: UJIAN BERTULIS / SESI TEMUDUGA

Bagi calon yang memohon kemasukan ke program Diploma in English Communication dan Diploma Creative Digital Media and Production KPM dijangka akan dipanggil untuk menjalani penilaian khas pada bulan Mei 2022.

KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN

Calon lepasan SPM 2021 DIWAJIBKAN untuk mengemaskini maklumat permohonan khususnya maklumat keputusan SPM dalam tempoh 10 hari selepas keputusan peperiksaan SPM tahun 2021 diumumkan.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

TARIKHMASA
1 JULAI 20223:00 PETANG

PENGESAHAN SETUJU TERIMA CALON JAYA

LANGKAH 1: Semakan boleh dibuat di laman web rasmi UPIM

LANGKAH 2: Membuat bayaran Yuran Pendaftaran dalam tempoh tawaran yang ditetapkan melalui kaedah bayaran perbankan elektronik dengan menggunakan Aplikasi MARAeps = https://bayar.maraeps.my/login

LANGKAH 3: Membuat pengesahan setuju terima tawaran di laman sesawang UPIM dengan memasukkan nombor transaksi pembayaran MARAeps bagi membolehkan calon jaya memuat turun surat tawaran dan dokumen pendaftaran dalam tempoh setuju terima yang ditetapkan.

PENDAFTARAN DALAM TALIAN DAN LAPOR DIRI CALON JAYA

Sesi pendaftaran dalam talian bagi calon-calon jaya program diploma KPM dan Asasi KM dijangka akan dibuka bermula 01 Julai 2022 manakala calon-calon jaya boleh merujuk kepada Surat Tawaran bagi tarikh lapor diri di KPM atau KM yang ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut sila hubungi Unit Pusat Institusi MARA (UPIM), Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) di talian

03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-
26134081

ATAU

e-mel = [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SULUNG KPT 2022 PERMOHONAN ATAU SEMAKAN SISWA SULUNG KELUARGA MALAYSIA B40 & M40

SULUNG KPT 2022 PERMOHONAN ATAU SEMAKAN SISWA SULUNG KELUARGA MALAYSIA B40 & M40

SHIBA INU 2022 PRICE PEDICTION

SHIBA INU 2022 : PREDICTION PRICE 2022