in

KWSP WITHDRAWAL : 17 JENIS PENGELUARAN AKAUN 1 DAN AKAUN 2

kwsp withdraw

KWSP WITHDRAWAL : 17 JENIS PENGELUARAN YANG DISEDIAKAN

Untuk makluman kepada para pencarum kwsp/epf terdapat beberapa jenis pengeluaran lain yang anda boleh lakukan dengan wang simpanan KWSP anda selain pengeluaran i-Citra dan i-citra.

Anda dibolehkan untuk mengeluarkan wang KWSP melalui 17 cara pengeluaran melalui akaun 1 dan 2 serta dibahagikan kepada pengeluaran sebahagian dan pengeluaran penuh.

JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP/KWSP WITHDRAWAL

PENGELUARAN SEBAHAGIAN

  • Pengeluaran semasa berumur 50 tahun
  • Pengeluaran untuk Pembinaan rumah
  • Pengeluaran untuk Perumahan fleksibel
  • Pengeluaran untuk Kesihatan
  • Pengeluaran untuk Pendidikan
  • Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  • Pengeluaran untuk Perumahan PR1MA
  • Pengeluaran untuk Simpanan melebihi RM 1 juta
  • Pengeluaran untuk membeli rumah
  • Pengeluaran untuk ansuran bulanan pinjaman perumahan
  • Pengeluaran untuk menunaikan Haji

Baca juga disini : i-SAYANG EPF : SEMAKAN TARIKH,JUMLAH BAYARAN DAN CARA MOHON


EPF/KWSP WITHDRAW

PENGELUARAN PENUH

  • Pengeluaran semasa berumur 55 tahun
  • Pengeluaran untuk kes Hilang upaya
  • Pengeluaran semasa berumur 60 tahun
  • Pengeluaran untuk meninggalkan negara
  • Pengeluaran untuk pekerja berkempen dan pesara pilihan
  • Pengeluaran untuk kes Kematian

EPF/KWSP WITHDRAW

 

KELAYAKAN UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN KWSP

Sila rujuk syarat-syarat untuk membuat pengeluaran seperti di bawah:

Pengeluaran KWSP Umur 50, 55 dan 60

  • Mestilah pencarum KWSP yang sah
  • Ahli yang berumur di antara 50 – 54 tahun
  • Ahli yang berumur di antara 50 – 59 tahun
  • Ahli yang mencapai umur 60 tahun
  • Ahli yang memiliki simpanan KWSP

Pengeluaran Untuk Tujuan Pembinaan / Pembelian Rumah

  • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Ahli yang mempunyai simpanan dalam akaun 2 minim RM500,000

Pengeluaran Untuk Kesihatan

  • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Ahli yang masih mempunyai simpanan dalam akaun 2

Pengeluaran Untuk Pendidikan

  • Pengeluaran yang bertujuan untuk membiayai yuran pengajian anak di IPT
  • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Ahli yang masih mempunyai simpanan dalam akaun 2

Pengeluaran Untuk Haji

  • Pengeluaran yang bertujuan untuk menampung perbelanjaan asas mengerjakan haji sahaja
  • dan bukannya kos untuk keseluruhan haji

Pengeluaran Untuk Kematian

  • Pengeluaran penuh oleh waris/penama dan lain-lain apabila berlaku kematian kepada si pencarum
  • Ahli yang masih mempunyai simpanan dalam akaun 2

Pengeluaran Untuk Meninggalkan Negara

Permohonan ini boleh dimohon oleh:

  • Warganegara Malaysia yang telah dilucutkan kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain
  • Bukan Warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran KWSP, sila hubungi KWSP di :

Laman Web KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals
Telefon: 03-8922 6000
Faks: 03-8922 6222
Masa Operasi KWSP : Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor

14 Comments

Leave a Reply
  1. Saya ingin tanya sekarang or ni tahun saya umur 50 tapi akaun ke 2 dah tak ada sudah duit sebab atas pengeluaran i-lestari & i-citra jadi soalan saya ialah saya masih boleh buat pengeluaran dari akaun 1 kah untuk pengeluaran umur 50 terima kasih,,,,,

  2. i lestari i-sinar i-citra skg pula i-sayang lepas tu nanti kemungkinan i-anakbulan.. ape benda ne..sikit2 lama2 abis .. beban lagi bertambah byk.. kita nk minta 10k secara One off nk Setelkan masalah yg dah bertimbun sejak covid ne.. ble sy bertanya cadangan i-sayang ne dari indivodoh mne??

  3. Kita perlu rm10 one off.. Untung settle apa yg patut. Susah sangat ke kwsp nak lulus. Sy apa bantuan kerajaan 1 sen sy tak dpt sbb M40 tu pun gaji rm5085 je..M40 pun ada hutang dan commitment lain.. Duit sendiri pun susah bkn duit kerajaan tu..masa hidup ni lah nak rasa duit sendiri kalau dah mati tak merasa pun..

  4. Mungkin jika kwsp mbenarkan pengluaran 10k one off lpas ni akan mlahirkan ramai jutawan baru lpas ni.. Ramai yg memerlukan termasuk saya untuk gunakan wang itu untuk start berniaga dan dijadikan suntikan modal berniaga kecil2lan. Ekonomi dah buka. Time nilah rakyat nk perlahan2 bangkit dari kejatuhan.

  5. Mungkin jika kwsp mbenarkan pengluaran 10k one off lpas ni akan mlahirkan ramai jutawan baru lpas ni.. Ramai yg memerlukan termasuk saya untuk gunakan wang itu untuk start berniaga dan dijadikan suntikan modal berniaga kecil2lan. Ekonomi dah buka. Time nilah rakyat nk perlahan2 bangkit dari kejatuhan.

  6. Saya juga perlu mengambil one time off RM10,000 untuk membuat pembayaran hutang lain lain. Dalam akaun dua masih ada simpanan juga

  7. Kalau ikut kuantum simpanan asas KWSP tahun 2019, jumlah minimum dalam akaun 1 pada umur 55 tahun ialah RM240k. Jumlah untuk asas persaraan untuk 20 tahun.

    Jadi kalau pencarum pada umur 40 tahun dah ada lebih dari RM240k, kenapa masih tak boleh keluarkan lebihan untuk kegunaan sendiri? Hanya boleh keluar untuk pelaburan yang diluluskan KWSP, dan kalau tutup pelaburan tu, duit akan masuk balik ke KWSP.

    Hanya kalau jumlah lebih RM1juta, baru boleh keluarkan lebihan untuk kegunaan sendiri. Berapa orang sangat yang melebihi RM1juta? Kalau dah cukup RM240k, sepatutnya tiada halangan untuk keluarkan lebihan. Kalau nilai minima ini dinaikkan setiap 3 tahun pun, tiada masalah sebab caruman masih masuk, cuma nilai lebihan patut boleh dikeluarkan setiap tahun macam pengeluaran pinjaman rumah.

    KWSP adalah satu skim piramid yang terbesar dalam dunia. Duit pencarum yang baru menyertai skim akan diguna untuk bayar pencarum yang dah 55 nanti. Duit pencarum dipegang dengan alasan untuk menjana ekonomi, pembangunan negara. Kalau ditadbir dengan baik takpa lah, tapi tengok lah keadaan sekarang… takut nanti tak sampai 55 tahun, skim runtuh. Yang dah rompak negara cukup lah untuk 77 keturunan, yang rakyat biasa nanti macam mana?

    https://www.kwsp.gov.my/ms/-/epf-sets-new-target-of-rm240-000-for-basic-savings

  8. Sbg ketua keluarga sy amat memerlukan one.off 10K.. Sy kehilangan kerja bulan 10 thun lps alasan pengurangan pekerja sbb covid.. Sehingga skrg sy blom ad kerja ttp. Kerja skrg spt kais pg mkn pg. So dgn 10K sy dpt mulakan perniagaan kecil2an

    • Kerajaan Ada kasih banyak duit kepada rakyat tapi semua duit kasih . Bukan Kita dapat . Smacam saya Bulan Lepas say hanaya dapat 300 dari BPM. Saya tunggu lama itu duit masuk tunggu lama cakap 1k bkc off kasih pun cakap Banyak duit dah keluaur. Tapi saya tak dapat . Saya rumahtagga anak 7umur I nak tanggung.rumah. sewarumah 600 ..abang keluar kerana kemalangan . Dia tak balik lagi.sudah pun 3bulam. I kenal nak Jaga anak .I tak Ada income.. pinjam tidal diLulus kan .. kwsp saya Ada simpan duit.. Tolong kasih Kita one off 10k duit Kita .. tak Ada duit lagi. Atau boleh saya withdraw simpanan saya. Anak sekarang masa nak pergi sekolah.. saya tak Ada duit langsung. Lagi abang saya keluar rumah tak Balik lagi tinggal I sama anak kecil now. Saya amat harap kwsp boleh kasih withdraw Some money . Kasih saya boleh tanggung anak tanggung rumah sewa. Kalau tidak memang Saya Sama anak tak dapat hidup lagi.

  9. Si bodoh mana yg mcadaangkn isayang ni…kami perlukan 10k off tuk kelanngsungan hidup …tu pn susah ka….kami xkn susah dmasa depan kami in sha Allah…kalau skrg pn da susah nk fikir pasal masa depan ka??? Tolong la faham situasi kami ni…

    • Saya sebagai ketua keluarga juga sangat mengharapkan pihak kerajaan pertimbangkan semula dan meluluskan one off 10k dgn kadar segera kerana disebabkan pademik C19 saya masih tdk berkerja sehingga kini dan perlu membayar bil setiap bulan serta belanja harian

  10. Saya ibu tunggal yg perlu 10k one off..perlu sgt2..dah x ada duit utk langsai hutang.. Pusingan modal utk berniaga…mcm minta sedekah duit sdri…🥴

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

i-ceria kwsp

CARA PENGELUARAN KHAS KWSP 2022 : PERMOHONAN/TARIKH BAYARAN/SEMAKAN

PERMOHONAN BANTUAN RM200 SEBULAN

PERMOHONAN BANTUAN RM200 SEBULAN (CARA PERMOHONAN DAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN)