in

LALAMOVE RIDER REGISTER : CARA DAFTAR DRIVER ONLINE APPLICATION (REQUIREMENT DAN GAJI)

LALAMOVE RIDER REGISTER

LALAMOVE RIDER REGISTER : CARA DAFTAR DRIVER ONLINE APPLICATION (REQUIREMENT DAN GAJI)

Tahukah anda apakah itu LALAMOVE?

Kecewa dengan pengalaman menghubungi talian untuk menempah kenderaan penghantaran dan kekurangan ketelusan dengan harga perkhidmatan, sekumpulan usahawan telah bekerjasama untuk mencipta penyelesaian digital yang memudahkan penghantaran.

Lalamove lahir dari aspirasi untuk memudahkan penghantaran on-demand dengan hanya beberapa langkah mudah dari telefon mudah alih. Hanya dari satu aplikasi yang ringkas, pengguna boleh dihubungkan dengan flit penghantaran pelbagai jenis kenderaan yang dipandu oleh penghantar-penghantar yang terlatih.

Kini, sesiapa saja boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran dengan memasukkan lokasi pengambilan dan penghantaran, memilih kenderaan yang sesuai dan mendapatkan khidmat rakan penghantar yang paling hampir dengan lokasi pengguna.

Jejaki proses penghantaran dari mula hinggalah selesai, gunakan pilihan pembayaran secara digital dan lihat rekod semua aktiviti di satu aplikasi.

Lalamove telah menjadi rakan strategik penghantaran jarak terakhir untuk perniagaan pelbagai saiz. Dari kedai tradisional, restoran, dan syarikat e-dagang, Lalamove boleh membantu perniagaan dari pelbagai industri untuk menskalakan penghantaran berdasarkan keperluan mereka.

Lalamove juga membuka peluang kepada semua orang untuk menyertai sebahagian daripada keluarga Lalamove.Bagaimana cara nak jadi rider Lalamove? Disini kami kongsikan cara daftar Lalalmove rider/driver, semoga membantu.

REQUIREMENT UNTUK MENJADI LALAMOVE RIDER/DRIVER

Pastikan ada menepati syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum memohon untuk jadi Lalamove rider/driver. Berikut adalah syarat kelayakan:

  1. Memiliki telefon pintar
  2. Mempunyai lesen memandu yang aktif
  3. Warganegara Malaysia
  4. Memiliki kenderaan sendiri (motosikal/kereta/van/lori/4×4).

MUAT TURUN APLIKASI LALAMOVE RIDER/DRIVER

Pastikan anda memuat turun aplikasi Lalamove (rider/driver) terlebih dahulu:

LALAMOVE RIDER REGISTER : CARA DAFTAR DRIVER ONLINE APPLICATION (REQUIREMENT DAN GAJI)

Bagi yang sedang mencari kerja full time atau part time untuk tambah pendapatan, anda boleh cuba cara daftar Lalamove rider/driver mengikut kenderaan yang anda miliki. Berikut adalah cara daftar Lalamove rider/driver:

1) Layari laman web: https://www.lalamove.com/ms-my/driver.
2) Tekan pada DAFTAR
3) Masukkan NOMBOR TELEFON anda (pastikan yang aktif), tekan Seterusnya
4) Masukkan NOMBOR PIN yang anda terima di telefon anda
5) Seterusnya isikan MAKLUMAT pada Borang Pendaftaran

  • Nama Penuh
  • Nombor Telefon
  • Email (pastikan email yang aktif)
  • Jenis kenderaan (pilih kenderaan yang anda ingin gunakan)
  • Jenama kenderaan anda.
  • Model kenderaan anda

6) Jawab SOALAN yang tertera:

  • Do you have a full-fledged driving license?, pilih Yes.
  • Are you 18 years old and above?, pilih Yes.
  • What is your postcode?, poskod tempat tinggal anda.
  • Training Location, pilih lokasi latihan anda,
  • Date, pilih tarikh untuk anda menjalani latihan.
  • Time, pilih waktu untuk anda jalani latihan pada tarikh tersebut.
  • Address, tertera lokasi pejabat Lalamove untuk anda hadir bagi menjalani latihan, .

7) Tekan butang Thank You.
8) Pendaftaran anda selesai

NOTA: Untuk mengaktifkan akaun anda, anda perlu lulus Latihan Maya kami. Markah minimum untuk latihan tersebut ialah 28 dan anda mempunyai 3 kali percubaan

Baca juga disini : SENARAI PELEPASAN CUKAI EFILLING 2022

SOALAN LAZIM

Bagaimana harga penghantaran Lalamove dikira?

Harga dikira berdasarkan jarak dari lokasi pengambilan ke penghantaran dan juga jenis kenderaan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat “Standard Bayaran” dalam aplikasi.

Bagaimana saya boleh menjadi penghantar kegemaran di kalangan pelanggan-pelanggan saya?

Mudah saja. Berikan perkhidmatan yang cemerlang untuk semua pelanggan anda. Dalam masa yang singkat, anda akan mempunyai ramai “Peminat” yang telah memilih anda sebagai penghantar kegemaran mereka.

Untuk menjadi rider/driver Lalamove perlukan menjalani latihan?

Anda akan diwajibkan untuk mengikuti Latihan Maya sebagai Lalamove ridir/driver.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Ibu Pejabat
No 32, Jalan 16/1, Seksyen 16,
46350 Petaling Jaya, Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *