in ,

LANGKAH BAYAR SAMAN GUNA ATM

LANGKAH BAYAR SAMAN GUNA ATM

LANGKAH BAYAR SAMAN GUNA ATM

berikut merupakan cara membayar saman menggunakan transaksi ATM Maybank bukan CDM

BACA JUGA: CALON PRN SARAWAK 2021 :SENARAI CALON PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK TERKINI

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

LANGKAH BAYAR SAMAN GUNA ATM

LANGKAH 1 = Sila pilih BAHASA MALAYSIA setelah anda masukkan kad ATM Maybank

LANGKAH 2 = Sila masukkan nombor PIN kad debit ATM anda seperti biasa.

LANGKAH 3 = Kemudian, pada bahagian menu, pilih PAYBILLS 

langkah bayar saman guna atm

LANGKAH 4 = Seterusnya, klik pada PEMBAYARAN SAMAN PDRM 

langkah bayar saman guna atm

Kemudian, anda akan mendapat notis yang bertulis “Rekod saman ini adalah hak milik PDRM. Maybank tidak bertanggungjawab dari segi undang-undang terhadap pertanyaan yang dibuat atau kesahihan atau ketepatan maklumat dalam rekod saman yang tertera atau tidak “. Notis ini adalah terma dan syarat Maybank yang anda harus terima bagi membolehkan anda membuat sebarang transaksi pembayaran saman PDRM melalui Maybank.

 

LANGKAH 5 = Sila tekan TERUSKAN untuk meneruskan transaksi atau MENU UTAMA untuk membatalkan transaksi

langkah bayar saman guna atm

LANGKAH 6 = Seterusnya, anda diminta untuk memasukkan nombor kad pengenalan anda dan klik YA

Seterusnya, jika anda mempunyai lebih daripada 1 akaun Maybank, anda boleh pilih akaun mana yang anda ingin membuat pembayaran. Jika anda hanya mempunyai 1 akaun Maybank sahaja, pilihan ini tidak akan dipaparkan dan ATM akan terus paparkan info saman anda.

LANGKAH 7 = Kemudian, info dan jumlah saman anda akan dipaparkan, anda hanya boleh membuat satu transaksi pada satu masa jadi pilih satu saman yang anda ingin bayar. Dan klik butang YA 

LANGKAH 8 = Jika transaksi anda berjaya, ATM akan memaparkan bahawa transaksi anda telah berjaya ATM akan memaparkan soalan “Adakah anda ingin meneruskan transaksi?”

LANGKAH 9 = ATM akan memaparkan soalan “Adakah anda ingin meneruskan transaksi?”. Sila klik butang TIDAK dan anda akan terima resit pengesahan pembayaran saman PDRM yang menyatakan saman anda berjaya dibayar. sila simpan resit tersebut sebagai bukti pembayaran.

[CARA BAYAR LEBIH DARIPADA SATU SAMAN DI ATM]

Setelah anda membuat LANGKAH 1 hingga LANGKAH 8 seperti yang telah dinyatakan diatas, ATM akan memaparkan soalan “Adakah anda ingin meneruskan transaksi?” iaitu anda boleh meneruskan pembayaran saman PDRM lain tanpa perlu masukkan semula kad ATM, kad ATM anda yang masih belum dikeluarkan tersebut boleh disambung untuk transaksi berikutnya. Sila tekan butang YA untuk meneruskan transaksi

Seterusnya, anda boleh ulang LANGKAH 3 hingga LANGKAH 8 atau LANGKAH 9 bagi menyelesaikan kesemua pembayaran saman yang anda ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA BAYAR SAMAN PDRM GUNA MESIN ATM MAYBANK

LANGKAH BAYAR SAMAN ONLINE MAYBANK2U

LANGKAH BAYAR SAMAN ONLINE MAYBANK2U