LANGKAH-LANGKAH UNTUK PEMOHON BKC STATUS GAGAL KREDIT
Kepada yang membuat permohonan, untuk makluman anda ada dua jenis kaedah BAYARAN BKC iaitu BERJAYA KREDIT & GAGAL KREDIT. Mesti anda ingin mengetahui apa itu gagal kredit. Di sini kami kongsikan maksudnya, semoga membantu.
PENERIMA BKC FASA 1 ( ADA AKAUN BANK)
Sekiranya anda layak dan lulus BKC serta mempunyai akaun bank, bayaran duit BKC dikreditkan terus ke akaun anda.
1.Contoh Situasi Penerima BKC
- Status bayaran BKC berjaya kredit
- Duit BKC masuk terus ke akaun penerima
2.Contoh situasi BKC dalam proses pengkreditan
- DALAM PROSES PENGKREDITAN adalah merujuk kepada pembayaran BKC dalam proses pengkreditan ke akaun bank. Anda boleh membuat semakan pada penyata akaun bank penerima mengikut tarikh pembayaran yang telah ditetapkan.
3.Contoh status bayaran BKC gagal kredit
- Duit BKC tidak masuk ke akaun penerima disebabkan nombor akaun salah/tidak aktif. Penunaian boleh dibuat oleh pemohon di kaunter BSN dengan membawa MyKad bermula pada 6 September 2021.
PENERIMA BKC FASA 1 ( TIADA AKAUN BANK)
Anda layak dan lulus BKC tetapi tidak mempunyai akaun bank, anda perlu ke cawangan BSN untuk ambil duit BPN
1.Contoh Situasi Penerima BKC
- Jika penerima duit BKC tidak mempunyai akaun,maka tidak masuk ke akaun penerima atau akaun ketiga. Ia dipanggil GAGAL KREDIT. Anda perlu ambil duit tersebut di kaunter Bank BSN mulai 6 September 2021 dengan hanya membawa kad pengenalan.
Contoh situasi pembayaran secara tunai
- PEMBAYARAN SECARA TUNAI adalah merujuk kepada pembayaran BKC secara tunai di Kaunter BSN. Anda boleh hadir untuk penunaian BKC di Kaunter BSN mulai 6 September 2021
BAYARAN BKC KAWASAN PEDALAMAN SABAH & SARAWAK/LANGKAH-LANGKAH UNTUK PEMOHON BKC STATUS GAGAL KREDIT
Jika pemohon mempunyai akaun bank, bayaran berjalan seperti biasa iaitu terus dikreditkan ke akaun
1.Status bayaran BKC berjaya kredit
- Duit BKC masuk terus ke akaun penerima
2.Status bayaran BKC gagal kredit
- Duit BKC tidak masuk ke akaun penerima disebabkan nombor akaun salah/tidak aktif. Anda perlu ambil duit tersebut di kaunter Bank BSN mulai 6 September 2021.
Jika pemohon layak dan lulus BKC tetapi tidak mempunyai akaun bank, anda perlu ke cawangan BSN untuk ambil duit BKC bermula pada 6 September 2021.
JADUAL & TEMPAT BAYARAN BKC KAWASAN PEDALAMAN SABAH & SARAWAK
Akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
JADUAL BAYARAN DUIT BKC
Anda sebagai penerima BKC,boleh rujuk jadual dibawah untuk membantu anda dapatkan maklumat tentang jumlah bayaran dan tarikh bayaran:
Fasa Pembayaran Tarikh Pembayaran
Fasa 1 Ada Akaun:
- Miskin Tegar / B40 – mulai 6 September 2021
- M40 – mulai 9 September 2021
Tiada Akaun:
- Mulai 6 September 2021
- Fasa 2 November 2021
- Fasa 3 Disember 2021
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut mengenai BKC, anda boleh layari portal rasmi Bantuan Khas Covid di pautan https://bkc.hasil.gov.my
BACA JUGA DISINI : BAYARAN BKC FASA 1 BUJANG (SEMAKAN STATUS ONLINE & TARIKH BAYARAN)