in ,

LANGKAH PERMOHONAN PERKAHWINAN DI MALAYSIA

LANGKAH PERMOHONAN PERKAHWINAN DIMALAYSIA

LANGKAH PERMOHONAN PERKAHWINAN DI MALAYSIA

berikut merupakan prosedur – prosedur yang perlu dilakukan oleh pasangan yang hendak berkahwin.

BACA JUGA: CARA LAPOR PUSAT KURIER ROSAK/HILANGKAN BARANG KE SKMM (CLAIM SEHINGGA RM5000)

LANGKAH PERMOHONAN PERKAHWINAN DI MALAYSIA

  • KURSUS PRA PERKAHWINAN MODUL BERSEPADU KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM (MBKPPI)

Pendaftar Perkahwinan , Perceraian dan Ruju’ hendaklah memastikan pasangan bagi warganegara Malaysia yang mengemukakan permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran berkahwin telah menghadiri kursus dan memiliki Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPP.

  • UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN

Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah mendapat pengesahan dari Penolong Pendaftar hendaklah dihantar semula ke Jabatan Agama Islam ditempat masing-masing bersama dengan keputusan Ujian Saringan HIV yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

Sekiranya keputusan ujian adalah NEGATIF, proses permohonan kebenaran berkahwin akan diteruskan.

Sekiranya keputusan HIV adalah POSITIF, maka:

  1. Pemohon perlu menjalani sesi khidmat nasihat di Jabatan Agama sebelum meneruskan permohonan kebenaran berkahwin.
  2. Pemohon, pasangan dan keluarga akan diberi pendedahan tentang implikasi HIV.
  3. Pemohon dan pasangan akan diminta membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya.
  4. Sekiranya pemohon dan pasangan membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinan, maka permohonan kebenaran berkahwin akan diproses.
  5. Pemohon dan pasangan perlu merujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga dan Klinik Penyakit Berjangkit untuk penjagaan kesihatan seterusnya
  • PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN

(Pengesahan Permohonan Berkahwin)

  • Penolong Pendaftar hendaklah memastikan pemohon yang membuat permohonan kebenaran berkahwin adalah tinggal atau bermastautin di kawasan kariahnya.
  • Penolong Pendaftar hendaklah memastikan permohonan untuk berkahwin menggunakan borang yang ditetapkan.
  • Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan di isi dengan lengkap oleh pemohon.
  • Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan kebenaran berkahwin dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:
  1. Salinan Sijil Kelahiran.
  2. Salinan Kad Pengenalan.
  3. Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI
  4. Keputusan Saringan HIV kedua-dua bakal pengantin.
  5. Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan sumpah teruna sekiranya beliau tidak mempunyai majikan (jika pemohon seorang lelaki).
  6. Surat perakuan cerai (jika pemohon bercerai hidup).
  7. Surat perakuan mati (jika pemohon bercerai mati).
  8. Surat akuan memeluk agama Islam (jika saudara baru).
  9. Surat kebenaran daripada Jabatan polis (jika pemohon anggota polis)
  10. Surat kebenaran dari angkatan Tentera (jika pemohon anggota tentera).
  • Setelah berpuashati Penolong Pendaftar hendaklah mengesahkan status pemohon di dalam ruang yang disediakan dalam borang permohonan perkahwinan berkenaan.

(Kebenaran Permohonan Berkahwin)

  1. Pendaftar hendaklah menerima permohonan yang telah disahkan oleh penolong pendaftar kecuali bagi sub peraturan ( iii ).
  2. Pendaftar hendaklah memastikan borang perkahwinan diterima selewatnya tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dicadangkan.
  3. Pendaftar boleh menerima borang permohonan perkahwinan bagi kes-kes tertentu.
  4. Setelah berpuashati Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran berkahwin melalui catatan dalam borang permohonan bagi perkahwinan dalam negeri. Manakala bagi permohonan perkahwinan luar negeri dan tempat lain dikeluarkan melalui surat kebenaran.

(Proses Permohonan Perkahwinan)

  • Yang Memerlukan Kebenaran Mahkamah
  1. Perempuan tidak mempunyai wali nasab atau wali enggan.
  2. Pasangan atau salah seorang kepada perkahwinan itu masih dibawah umur.
  3. Perkahwinan itu secara poligami.
  4. Perempuan yang bercerai dan belum disetubuhi oleh suami. (jika perkahwinan itu dalam tempoh iddah perceraian biasa)
  • Pendaftar hendaklah menyemak permohonan tersebut sebelum dikemukakan ke Mahkamah.
  • Setelah berpuas hati terhadap borang permohonan berkahwin dan dokumen-dokumen yang dilampirkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat dan laporan kepada Pendaftar Mahkamah melalui pemohon.
  • Pendaftar hendaklah menguruskan perkahwinan setelah mendapat kebenaran daripada Mahkamah.

(Tempoh Sah Kebenaran Berkahwin)

  • Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran kahwin bagi tempoh sembilan puluh ( 90 ) hari dari tarikh dikeluarkan.
  • Pendaftar boleh dengan permohonan melanjutkan tempoh sah kebenaran berkahwin selama sembilan puluh ( 90 ) hari lagi bagi kes-kes tertentu.
  • Pendaftar hendaklah memastikan bahawa kebenaran berkahwin lanjutan dibuat dalam tempoh empat belas ( 14 ) hari dari tarikh tamat kebenaran berkahwin kali pertama.
  • Pendaftar hendaklah memastikan permohonan lanjutan kebenaran berkahwin dibuat di pejabat Pendaftar di mana kebenaran asal dikeluarkan.
  • Pendaftar hanya boleh menerima permohonan kebenaran berkahwin yang baru setelah tamat tempoh lanjutan kebenaran berkahwin.

(Bayaran Surat Kebenaran Berkahwin)

  • Pendaftar hanya boleh mengeluarkan surat kebenaran berkahwin setelah pemohon menjelaskan bayaran yang telah ditetapkan.
  • Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat rasmi bagi tiap-tiap bayaran yang diterima kepada pemohon.

(Akad Nikah)

  • Pendaftar hendaklah memastikan akad nikah dilangsungkan dalam kariah di mana perempuan itu tinggal atau bermastautin.
  •  Pendaftar boleh memberi kebenaran akad nikah dilangsungkan di tempat lain.
  • Pendaftar hendaklah memastikan majlis akad nikah dilangsungkan oleh:
  1. Wali di hadapan Pendaftar.
  2. Wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar.
  3. Pendaftar sendiri sebagai wakil wali.
  4. Pendaftar sebagai Wali Raja ( Hakim ) bagi perempuan yang tidak ada wali
    nasab atau wali enggan.
  • PROSEDUR PENDAFTARAN PERKAHWINAN

(Pendaftaran Perkahwinan Dalam Negeri)

  1. Selepas upacara nikah Pendaftar hendaklah mendaftarkan perkahwinan tersebut dengan segera sebagaimana yang ditetapkan oleh undangundang yang sedia ada.
  2. Pendaftar hendaklah mengeluarkan Surat Akuan Nikah dalam tempoh tiga puluh ( 30 ) hari dari tarikh pendaftaran perkahwinan.

RUJUKAN 

Sila rujuk laman web rasmi SPPIM = (https://www.sppim.gov.my/sppim/home)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA LAPOR PUSAT KURIER ROSAK/HILANGKAN BARANG KE SKMM (CLAIM SEHINGGA RM5000)

CARA LAPOR PUSAT KURIER ROSAK/HILANGKAN BARANG KE SKMM (CLAIM SEHINGGA RM5000)

CARA BUAT LINK WHATSAPP DIRECT MESSAGE

CARA BUAT LINK WHATSAPP DIRECT MESSAGE