LOGIN CIDB CARA RENEW CARD ATAU PERBAHARUI KAD HIJAU
Berikut merupakan cara Log Masuk dan Renew Kad Hijau
BACA JUGA: HUTANG COURTS MAMMOTH SEMAKAN BAKI TUNGGAKAN (CARA DAFTAR / LOGIN)
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
LOGIN CIDB CARA RENEW CARD ATAU PERBAHARUI KAD HIJAU
LANGKAH 1:
Sila ke laman web rasmi CIDB dan masukkan ID Pengguna dan kata laluan anda, dan klik “Log Masuk”.
LANGKAH 2:
Klik Papar Butiran/View Details di butang Personel Binaan
LANGKAH 3:
Sila tekan butang “Continue” untuk ke skrin seterusnya.
LANGKAH 4:
Pada bahagian maklumat Peribadi/Personel Information.
- Pastikan maklumat yang dipaparkan lengkap dan betul.
- Sila klik butang “Update”, jika mengemaskini maklumat No Telefon/Contact no atau Email id.
- Klik butang “Next” untuk ke langkah seterusnya.
LANGKAH 5:
Pada bahagian Syarikat & Pengalaman/Company & Experience.
- Bagi permohonan pembaharuan, pemohon boleh terus klik butang “NEXT” untuk ke skrin
seterusnya atau pemohon boleh mengemaskini nama syarikat tempat anda bekerja. - Sila cari nama syarikat tempat anda bekerja dan pilih.Sistem hanya akan memaparkan senarai syarikat yang berdaftar dengan CIDB sahaja.
- Jika nama syarikat tiada dalam senarai, pengguna boleh memaklumkan pada majikan untuk membuat Pendaftaran Syarikat dengan CIDB.
- Bagi pengguna yang bekerja sendiri, sila tandakan ( / )di kotak “Self Employed” dan sila
muat naik Akuan Berkanun.
LANGKAH 6:
Pada Bahagian Akademik/Academic.
- Bagi permohonan pembaharuan, pemohon boleh terus klik butang “Next” untuk ke skrin
seterusnya atau pemohon boleh mengemaskini maklumat akademik. - Sila pilih maklumat berkaitan kelayakkan akademik dan muat naik sijil berkenaan.
- Klik “Add to list” setelah memuat naik sijil dan klik “Next” untuk ke langkah seterusnya.
LANGKAH 7:
Pada bahagian Kursus Keselamatan/Safety Course.
- Bagi permohonan pembaharuan, pemohon boleh terus klik butang “Next” untuk ke skrin
seterusnya atau pemohon boleh mengemaskini maklumat kursus keselamatan. - Sila pilih maklumat berkaitan kursus keselamatan dan muat naik sijil berkenaan.
- Bagi kursus keselamatan SICW, maklumat akan dikemaskini secara auto. Oleh itu,pengguna tidak perlu memuat naik sijil kursus.
- Jika maklumat tidak dipaparkan setelah menghadiri kursus SICW, Sila Hubungi Pihak
Penganjur /Tenaga Pengajar bagi kelas yang anda hadiri untuk memastikan mereka
mengesahkan kehadiran kursus.
LANGKAH 8:
Pada bahagian Sijil Kemahiran Kecekapan/Safety Course.
- Sila pilih maklumat berkaitan sijil kemahiran kecekapan dan muat naik sijil berkenaan.
- Jika tiada sijil kemahiran kecekapan, pengguna boleh ke langkah seterusnya dengan klik
butang “Next”.
LANGKAH 9:
Pada bahagian PEWARIS/BENEFICIARY.
- Sila isi dan lengkapkan maklumat pewaris.
- Maklumat ini perlu diisi bagi memudahkan urusan Tuntutan dan pembayaran insuran
LANGKAH 10:
Pada bahagian Keputusan/Result.
- Sila semak maklumat yang dipaparkan dan klik butang “Next” untuk ke langkah seterusnya.
- Sekiranya, tiada butang “Next”. Sila semak semula proses yang dilakukan.
LANGKAH 11:
Pada bahagian Tempoh Sah Kad/Card Duration.
- Sila pilih tempoh sah kad dan klik butang “Next” untuk ke langkah seterusnya.
LANGKAH 12:
Pada bahagian Ringkasan Pembayaran/Payment Summary & Declaration.
- kini pengguna bagi sistem personel binaan boleh membuat pilihan pengambilan kad melalui secara POS atau pengambilan terus di kaunter CIDB yang terdekat. Terdapat 3 pilihan “collection mode” iaitu CIDB Branch, POS Alamat Majikan dan Pos Alamat Individu.
- Terdapat dua jenis pembayaran, pengguna boleh memilih untuk membuat bayaran secara
online atau pembayaran kaunter - Sila semak maklumat yang dipaparkan dan tandakan (/) pada kotak “DISCLAIMER
AGREEMENT”. Sila baca dan klik butang “Agreed”
MAKLUMAT LANJUT
maklumat lanjut sila layari laman web rasmi CIDB = https://www.cidb.gov.my/index.php/en