LOGIN STR 2023 : CARA LOGIN / LOG MASUK & SEMAK STATUS MySTR
Kepada penerima bantuan BKM sebelum ini, berita baik buat anda semua! Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan dalam bentuk tunai untuk rakyat bagi menggantikan bantuan yang sebelum ini yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing bermula hari ini, 17 Januari 2023.
Anda boleh membuat semakan status kelulusan STR anda di MySTR. Di sini dikongsikan cara-cara mudah untuk login dan log masuk MySTR.
Baca juga :
TEBUS STR DI BSN : CARA TEBUS / PENUAIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2023
TERKINI !
TERKINI: Bantuan Tunai Rakyat dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Dibayar Mulai 17 Januari 2023 (Selasa)
- RM300 : Isi Rumah
- RM100 : Warga Emas Tiada Pasangan
- RM100 : Bujang
CARA LOGIN STR
- STR Login (str hasil gov my login)
CARA LOG MASUK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
- Tekan pautan Log Masuk Portal Rasmi STR 2023 di atas.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad mySTR.
- Tekan [Log Masuk].
- Kemudian, tekan [Semak].
- Tekan [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon. (Guna Kata Laluan Log Masuk BKM).
- Tekan [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Anda boleh meneruskan sebarang urusan di sini.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
- Klik Portal Rasmi STR Semakan Status di atas.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
- Klik [Semak].
- Klik [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Klik [Semakan].
- Kemudian, lihat [Maklumat Pembayaran].
- Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut :
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank.
- Nombor Akaun Bank.
- Selesai.
SOALAN LAZIM
Bagaimanakah cara log masuk STR bantuan tunai 2023 secara online?
Anda boleh login ke portal rasmi di pautan bantuantunai.hasil.gov.my di sini.
Siapakah yang layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah?
Bagi pembayaran STR Fasa 1 2023 Kategori Bujang, warga emas yang tiada pasangan dan isi rumah mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Berapakah kadar pembayaran STR Fasa 1 2023?
Jumlah bayaran bantuan tunai STR Fasa 1 adalah RM100 untuk bujang dan warga emas tiada pasangan manakala isi rumah akan menerima RM300.
UNTUK RUJUKAN
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pendaftaran STR, permohonan STR, kemaskini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline STR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
- 1-800-88-2747
Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline STR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
- 03-8882 4565
- 03-8882 4566
Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
- 03- 89111000