in

MARA GRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME(GREP) 2021(SYARAT DAN PANDUAN UNTUK MEMOHON)

MARA GRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME(GREP) 2021(SYARAT DAN PANDUAN UNTUK MEMOHON)

MARA GRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME(GREP) 2021(SYARAT DAN PANDUAN UNTUK MEMOHON)

MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

BACA JUGA: SUNWAY SCHOLARSHIP 2021(SYARAT DAN CARA MEMOHON BIASISWA SUNWAY)

SYARAT UMUM

  1. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan
    Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2021:
  • Pelajar mempunyai peringkat pengajian Sarjana di dalam negara dan berumur tidak melebihi 40 tahun
  • Pelajar mempunyai peringkat pengajian Sarjana di luar negara dan berumur tidak melebihi 35 tahun
  • Pelajar mempunyai peringkat pengajian Doktor Falsafah di dalam negara dan berumur tidak melebihi 45 tahun
  • Pelajar mempunyai peringkat pengajian Doktor Falsafah di luar negara dan berumur tidak melebihi 40 tahun
  1. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang seperti yang dinyatakan dalam had umur pemohon
  2. Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
  3. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  4. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  5. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain.
  6. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  7. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
  8. Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon
    pinjaman ini.

SYARAT AKADEMIK

Bagi pelajar pengajian peringkat Sarjana:

  • Pengajian dalam negara yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu.
  • Pengajian Luar negara yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya. atau Memperolehi IELTS 6.5

Bagi pelajar pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD):

  • Pengajian dalam negara yang memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya
  • Pengajian luar negara yang memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya. Atau Memperolehi IELTS 6.5

Bagi pengajian peringkat Sarjana Senibina (Part II) pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Part I dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

SYARAT PROGRAM

  1. Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Mei 2021.
  2. Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
  3. Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara
  4. Mendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara.
  5. Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
  6. Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  7. Permohonan terbuka untuk pengajian secara SEPENUH MASA sahaja mengikut kursus dalam bidang terpilih.

TEMPOH PINJAMAN

  • Sarjana = 2 tahun
  • Doktor Falsafah = 4 tahun

MARA GRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME(GREP) 2021(PANDUAN UNTUK MEMOHON PINJAMAN)

  1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my mulai 01 Mac sehingga 19 Mac 2021.
  2. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di
bawah:

Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

Telefon : 03-2613 2103 / 2054 (GrEP@ Luar Negara)
03-2613 2584 / 2106 / 2083(GrEP@ Dalam Negara)

Emel : [email protected] (bagi permohonan dalam negara)
[email protected] (bagi permohonan luar negara)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sunway scholarship 2021(syarat dan cara memohon biasiswa sunway))

SUNWAY SCHOLARSHIP 2021(SYARAT DAN CARA MEMOHON BIASISWA SUNWAY)