in , ,

PAKEJ PERANTISISWA (CARA MOHON TABLET PERCUMA PELAJAR IPT B40)

PAKEJ PERANTISISWA (CARA MOHON TABLET PERCUMA PELAJAR IPT B40)

PAKEJ PERANTISISWA (CARA MOHON TABLET PERCUMA PELAJAR IPT B40)

Kerajaan akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi terpilih untuk melaksanakan Program Kelengkapan Pelajar Rumah Malaysia bagi menyediakan tablet bagi setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi. Bagi tujuan ini, selain komitmen syarikat telekomunikasi itu, kerajaan juga akan menyediakan peruntukan sebanyak 450 juta ringgit, yang turut menyumbang kira-kira 65 juta ringgit. Insya-Allah, seramai 600,000 pelajar daripada keluarga B40 akan mendapat manfaat daripada program ini.

BACA JUGA: CARA MOHON SJKP (SKIM PERUMAHAN BAGI YANG TIDAK BERGAJI TETAP)

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

PAKEJ PERANTISISWA (CARA MOHON TABLET PERCUMA PELAJAR IPT B40)

NOTA: Tempoh dan cara memohon Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia bagi pelajar IPT golongan B40 akan dimaklumkan pada masa yang dijangka akan bermula pada suku kedua 2022. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memberi bantuan dalam melaksanakan Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia khusus untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang tergolong dalam golongan B40 untuk menerima sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih. Pengenalan mengenai Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia telah dibentangkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini dan sejajar dengan hasrat pihak kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT bagi membantu mereka memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Sementara itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Penyedia Perkhidmatan Mudah Alih yang terlibat iaitu:

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom)
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
  • Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
  • Telekom Malaysia Berhad (TM)
  • YTL Communications Sdn Bhd (Yes)

akan bekerjasama untuk memastikan pelaksanaan inisiatif ini berjalan dengan jayanya.

Pakej ini ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih berikut dapat membantu pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang tergolong dalam golongan B40 menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan dengan menggunakan peranti tablet yang diberi oleh pihak kerajaan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA MOHON SJKP (SKIM PERUMAHAN BAGI YANG TIDAK BERGAJI TETAP)

CARA MOHON SJKP (SKIM PERUMAHAN BAGI YANG TIDAK BERGAJI TETAP)

MYKASIH: CARA MOHON BANTUAN MODAL PERNIAGAAN UNTUK WANITA

MYKASIH: CARA MOHON BANTUAN MODAL PERNIAGAAN UNTUK WANITA