in ,

PANDUAN MEMOHON RMMT 2021 (DAFTAR, POHON DAN SEMAK RMMT 2021)

PANDUAN MEMOHON RMMT 2021 (DAFTAR, POHON DAN SEMAK RMMT 2021)

PANDUAN MEMOHON RMMT 2021 (DAFTAR, POHON DAN SEMAK RMMT 2021)

berikut merupakan cara mendaftar, memohon, menyemak dan syarat-syarat kelayakan untuk Rumah Mampu Milik Terengganu 2021 RMMT 2021

BACA JUGA: CARA SEMAK REBAT BIL ELEKTRIK RM40

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

PANDUAN MEMOHON RMMT 2021 (DAFTAR, POHON DAN SEMAK RMMT 2021)

[CARA DAFTAR RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU 2021 RMMT 2021]

  1. sila layari laman web rasmi Rumah Mampu Milik Terengganu 2021 RMMT 2021 = (https://eperumahan.terengganu.gov.my/)
  2. klik pada butang Daftar
  3. bagi mendaftar pengguna, anda perlu mengisi butiran peribadi anda seperti
  4. masukkan Nama Penuh anda
  5. masukkan Nama Pengguna anda
  6. masukkan Nombor Telefon Bimbit anda
  7. masukkan sekali lagi Nombor Telefon Bimbit di bahagian sahkan Tel Bimbit
  8. masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  9. masukkan Kata Laluan anda
  10. masukkan sekali lagi Kata Laluan anda  di bahagian sahkan Kata Laluan
  11. tanda pada kotak persetujuan anda dengan terma dan syarat
  12. dan klik butang biru Daftar

[CARA MEMOHON RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU 2021 RMMT 2021]

  1. sila layari laman web rasmi Rumah Mampu Milik Terengganu 2021 RMMT 2021 = (https://eperumahan.terengganu.gov.my/login)
  2. log masuk ke akaun anda dengan memasukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan anda dan klik pada butang biru Log Masuk
  3. kemudian, anda perlu memilih kategori samada anda ingin membeli rumah di daerah projek atau membina rumah dan mengisi maklumat tanah anda
  4. selesai memilih kategori, anda perlu mengisi dan mengemaskini maklumat pemohon
  5. kemudian, anda perlu memilih Projek perumahan sekiranya anda memilih kategori membeli rumah  
  6. Akhirnya, anda perlu membuat permohonan dan hantar permohonan anda

[CARA SEMAK RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU 2021 RMMT 2021]

[SYARAT KELAYAKAN JENIS A]

  1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
  3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
  4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:  Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.
  7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
  8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
  9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

[SYARAT KELAYAKAN JENIS B]

  1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  2. 21 tahun keatas
  3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.
  4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.
  7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.
  8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

[SYARAT KELAYAKAN JENIS i-RAHMAN]

  1. Pemohon berumur 21 Tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak);
  2. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan;
  3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri;
  4. Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00
  5. Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada pihak bank (2 bank); perlu disertakan surat penolakan daripada bank tersebut
  6. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu;
  7. Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50′ lebar x 72′ panjang) = 3600 kps; dan
  8. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA SEMAK REBAT BIL ELEKTRIK RM40

CARA SEMAK REBAT BIL ELEKTRIK RM40

BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM

BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM : BAJET 2022 PENJAWAT AWAM TERIMA RM700,PESARA RM 350