in

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41: CARA MOHON PENGAMBILAN KHAS DI MYPDPP

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41: CARA MOHON PENGAMBILAN KHAS DI MYPDPP

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41: CARA MOHON PENGAMBILAN KHAS DI MYPDPP

Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (caloncalon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan(mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Suruhanjaya) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

BACA JUGA: SENARAI DOKUMEN UNTUK DAFTAR KELAHIRAN (PANDUAN MENGISI BORANG DAFTAR KELAHIRAN)

Semakan panggilan temu duga Fasa 1 adalah bagi opsyen – opsyen berikut :

1) Bahasa Cina;
2) Bahasa Semai;
3) Bahasa Iban;
4) Bahasa Kadazandusun;
5) Muzik;
6) Tahfiz;
7) Bimbingan dan Kaunseling (SJKC);
8) Pendidikan Seni / Seni Visual (SJKC);
9) Pendidikan Khas (SJKC);
10) Pendidikan Moral (SJKC);
11) Muzik (SJKC);
12) Sejarah (SJKC);
13) Reka Bentuk Teknologi (SJKC);
14) Matematik (SJKC); dan
15) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC).

NOTA: Bagi permohonan opsyen Bahasa Iban/Bahasa Kadazan Dusun/Bahasa Semai, permohonan juga dibuka kepada calon-calon :

a) memiliki kelulusan bukan dalam bidang tersebut tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa berkenaan; atau
b) memiliki kelulusan bukan dalam bidang bahasa tersebut tetapi mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa berkenaan.

NOTA: Hanya calon-calon yang memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM akan ditempatkan di SJKC.

CARA MOHON PENGAMBILAN KHAS DI MYPDPP

Semakan Keputusan Temu Duga Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Bagi Calon Guru Interim Tahfiz/Dini/Pendidikan Islam Kelulusan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Secara Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) boleh dibuat di SINI (https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php).

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA :

Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat [email protected].

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TEMAN ISTERI BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN 2021

TEMAN ISTERI BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN 2021(BAGI SUAMI YANG TELAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN)

CARA KIRA BMI BADAN SECARA MANUAL MENGGUNAKAN FORMULA MATEMATIK

CARA KIRA BMI BADAN SECARA MANUAL MENGGUNAKAN FORMULA MATEMATIK