in ,

PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR ONLINE(CUKAI JALAN/ROADTAX)BAGI KENDERAAN PERSENDIRIAN BOLEH DIBUAT DI PUSPAKOM MULAI 1 SEPTEMBER 2021

PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR ONLINE

PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR ONLINE (CUKAI JALAN/ROADTAX)BAGI KENDERAAN PERSENDIRIAN BOLEH DIBUAT DI PUSPAKOM MULAI 1 SEPTEMBER 2021

Dalam usaha meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap dan berkesan,di samping memudahkan seluruh rakyat mendapat akses perkhidmatan kerajaan dengan lebih meluas,maka jabatan pengankutan jalan JPJ Malaysia,telah mengambil inisiatif untuk menambahkan lagi saluran bagi urusan urusniaga pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) yang melibatkan kenderaan persendirian di pusat pemeriksaan PUSPAKOM bermula 1 September 2021.

Sebelum ini,urusniaga pembaharuan LKM di PUSPAKOM hanya melibatkan kenderaan decontrolled (kenderaan barangan berat 7,500kg ke bawah)sahaja.Prose ini telah dilaksanakan semenjak tahun 2020.

Inisiatif urusniaga pembaharuan LKM bagi kenderaan persendirian di Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM ini,akan dilaksanakan secara berperingkat di semua 39 pusat pemeriksaan PUSPAKOM di seluruh semenanjung Malaysia.Fasa awal pelaksanaan pembaharuan LKM,hanya akan melibatkan kenderaan persendirian,sama ada dimiliki oleh individu mahupun oleh syarikat.

Seterusnya,inisiatif ini akan diperluaskan kepada urusniaga pembaharuan LKM motosikal dan kenderaan e-hailing,yang dijangka mula dilaksanakan pada bulan November 2021.

Orang ramai yang ingin melaksanakan urusniaga PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR ONLINE di PUSPAKOM bolehlah membuat temujanji secara online di laman portal https://lkm appointment.puspakom.com.my.Urusniaga secara walk-in tidak dibenarkan pada masa ini untuk mengekang penularan wabak covid-19.Pembayaran yang diterima di kaunter PUSPAKOM secara tunai.

BACA JUGA DISINI : CARA BOOKING PUSPAKOM UNTUK LORI : PUSPAKOM ONLINE BOOKING LOGIN

PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) KENDERAAN PERSENDIRIAN DI KAUNTER JPJ

Syarat permohonan :-

  1. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemunya berdaftar atau wakil dimana-mana Pejabat JPJ Negeri / Cawangan / UTC.
  2. Tempoh pembaharuan yang dibenarkan adalah enam(6) bulan atau satu (1) tahun.
  3. Kenderaan mestilah mempunyai perlindungan insuran bagi tempoh LKM yang dipohon.
  4. Hanya LKM yang akan tamat tempoh dalam masa dua (2) bulan boleh diperbaharui.
  5. Sekiranya pemunya berdaftar telah diisytiharkan meninggal dunia, pembaharuan LKM dibenarkan untuk tempoh enam (6) bulan sahaja bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak melebihi lima (5) tahun. Permohonan perlu mendapat kelulusan jika tempoh kematian telah melebihi lima (5) tahun.
  6. Bagi kenderaan yang tarikh luput LKM terakhirnya adalah melebihi satu (1) tahun daripada tarikh permohonan,kenderaan perlu menjalani dan lulus pemeriksaan kenderaan seperti berikut :-
  • Pemeriksaan PUSPAKOM bagi semua kenderaan: atau
  • Pemeriksaan PG10 bagi motorsikal milik individu sahaja dan motorsikal yang diperiksa semasa program yang dianjurkan oleh JPJ atau motorsikal yang disita oleh JPJ sahaja.

Bagi permohonan pembaharuan LKM yang dikemukakan di kawasan pengisytiharan di mana kadar LKM adalah lebih rendah daripada kawasan pengisytiharan asal, pertukaran kawasan pengisytiharan oelh pemunya berdaftar perlu dibuat sebelum proses pembaharuan LKM dijalankan.

Dokumen yang diperlukan :-

  1. Dokumen pengenalan diri pemunya berdaftar atau wakil yang hadir.
  2. Laporan pemeriksaan PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa sekiranya kenderaan motor tidak aktif.
  3. Pemeriksaan PG10 bagi motorsikal milik individu sahaja dan motorsikal yang diperiksa semasa program yang dianjurkan oleh JPJ atau motorsikal yang disita oleh JPJ sahaja.
  4. Bagi kenderaan yang pemunya berdaftar telah meninggal dunia lebih dari 5 tahun, perlu membawa dokumen yang menunjukan bahawa proses pembahagian pusaka sudah dimulakan atau apa-apa dokumen untuk pertimbangan kelulusan.
  5. Borang perakuan kawasan pengisytiharan kenderaan dimana kenderaan digunakan (Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai)
  6. Pengisytiharan Kastam (K3) / Resit Pelabuhan (Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai).

PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) KENDERAAN PERDAGANGAN DI KAUNTER JPJ

Syarat permohonan :-

1. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemunya berdaftar atau wakil dimana-mana Pejabat JPJ Negeri / Cawangan.

2. Tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) adalah seperti berikut :-

  • 2.1 Jenis kenderaan Perdagangan dan Treler adalah minimun tujuh (7) hari, maksimun setahun untuk dua (2) tahun pertama selepas pendaftaran baru dan m inimum tujuh (7) hari, maksimum enam (6) bulan selepas tempoh dua (2) tahun tamat.
  • 2.2 Jenis Kenderaan Treler Kontena adalah minimum tujuh (7) hari, maksimum setahun untuk sepuluh (10) tahun pertama selepas pendaftaran baharu dan Minimum tujuh (7) hari, maksimum enam (6) bulan selepas tempoh sepuluh (10)tahun tamat.

3. Kenderaan mestilah mempunyai perlindungan insurans bagi tempoh LKM yang dipohon.

4. Hanya LKM yang akan luput dalam masa dua (2) bulan boleh diperbaharui.

5. Tarikh pemeriksaan berkala PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa bagi tempoh LKM yang dipohon.

6. Bagi kenderaan Perdagangan tidak beroperasi (Lay-up), ia perlu menjalani dan lulus pemeriksaan PUSPAKOM.

7. P ermit yang dikeluarkan oleh SPAD atau LPKP Sabah atau LPKP Sarawak atau MOTAC atau JKPIM hendaklah berkuatkuasa bagi tempoh LKM yang dipohon.

8. Kenderaan dumper / tipper import terpakai dengan Gross Vehicle Weight (GVW) melebihi 21,000 kg atau kenderaan rebuilt dengan GVW melebihi 38,000 kg yang didaftarkan sebagai kenderaan off-road kekal tidak boleh dilesenkan dan dikeluarkan LKM.

9. Bagi permohonan pembaharuan LKM yang dikemukakan di kawasan pengisytiharan di mana kadar LKM adalah lebih rendah daripada kawasan pengisytiharan asal, pertukaran kawasan pengisytiharan oelh pemunya berdaftar perlu dibuat sebelum proses pembaharuan LKM dijalankan.

Dokumen yang diperlukan :-

1. Dokumen pengenalan diri pemunya berdaftar atau wakil yang hadir.

2. Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa.

3. Borang perakuan kawasan pengisytiharan kenderaan dimana kenderaan digunakan (Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai).

4. Pengisytiharan Kastam (K3) / Resit Pelabuhan (Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai).

Untuk malkumat lanjut berhubung perkhidmatan ini,orang ramai bolehlah menghubungi talian khidmat pelanggan PUSPAKOM 03-5101 7000,emel [email protected],mesej peribadi di facebook rasmi PUSPAKOM Sdn.Bhd atau Live Chat melalui laman sesawang PUSPAKOM www.puspakom.com.my.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPEE 10 CASHBACK PROGRAM (CARA BUAT CASHBACK SHOPEE)

TARIKH PENGAMBILAN GURU ONE OFF 2021

TARIKH PENGAMBILAN GURU ONE OFF 2021 (TARIKH TEMUDUGA BERMULA 8 SEPTEMBER 2021)