in

PENCEN ILAT PERKESO (CARA UNTUK MEMOHON PENCEN ILAT)

PENCEN ILAT PERKESO (CARA UNTUK MEMOHON PENCEN ILAT)

berikut adalah ilat perkeso

BACA JUGA: MALAYSIABIZ DAFTAR ONLINE (DAFTAR LESEN NIAGA ONLINE)

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

PENCEN ILAT PERKESO (CARA UNTUK MEMOHON PENCEN ILAT)

Pencen Ilat ini :

  • Dibayar kepada pekerja yang layak dan disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
  • Dibayar bermula dari tarikh Notis Keilatannya diterima atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan
  • Dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia
  • Digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima
  • Pencen llat tanpa mengira umurnya

Syarat Kelayakan

  • Belum mencapai umur 60 tahun pada masa Notis Keilatan diterima;
    atau
  • Sekiranya pekerja telah mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) pada masa Notis Keilatan diterima, beliau perlu menunjukkan keterangan bahawa:
    – Menghidap suatu keadaan uzur yang berkekalan
    – Tidak berupaya mengambil bahagian dalam kegiatan yang mendatangkan keuntungan
    – Keuzuran terjadi sebelum umur 60 tahun dan tidak lagi bekerja yang menguntungkan sejak itu
  • Disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
  • Memenuhi syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan

Tempoh Kelayakan Penuh

  • Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:
  • Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan Notis Keilatan diterima oleh PERKESO; atau
  • Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Keilatan dengan tarikh Notis
  • Keilatan diterima oleh PERKESO (jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan)

Kadar Pencen Ilat

Kadar Pencen Ilat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

Orang Berinsurans layak menerima pencen dengan kadar permulaan 50% daripada gaji bulanan purata anggapan dan tambahan 1% bagi setiap 12 bilangan caruman selebihnya. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kadar pencen maksimum 65%.

Contoh Pengiraan Tempoh Kelayakan Penuh:
i. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan dalam tempoh 40 bulan

Tarikh masuk skim > 01/03/2012
Tarikh Notis Keilatan diterima > 01/07/2015
Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut
sebelum bulan Notis diterima > 03/2012–06/2015

pencen ilat perkeso (cara untuk memohon pencen ilat)

Berdasarkan contoh di atas, pekerja layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan.

ii. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
Tarikh masuk skim > 01/07/1999
Notis Keilatan diterima > 01/01/2015
Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 > 186 bulan
2/3 caruman bulanan telah dibayar > 2/3 x 186 bulan = 124 caruman

Berdasarkan contoh, pekerja yang layak menerima pencen dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti pengiraan berikut:
kiraan

pencen ilat perkeso (cara untuk memohon pencen ilat)

Tempoh Kelayakan Yang Dikurangkan
Bagi tempoh kelayakan yang dikurangkan, kadar Pencen llat adalah 50% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan yang dikurangkan jika:
– Caruman bulanan Orang Berinsurans telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bilangan bulan genap dalam tempoh antara tarikh caruman mula kena dibayar dengan tarikh Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan
– Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan

Contoh Pengiraan Tempoh Kelayakan Dikurangkan:
i. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada
bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
Tarikh masuk skim > 01/07/1999
Notis Keilatan diterima > 01/01/2015
Tempoh bulan caruman
Julai 1999 hingga Disember 2014 > 186 bulan
1/3 bilangan caruman dibayar > 1/3 x 186 bulan = 62 caruman

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MALAYSIABIZ DAFTAR ONLINE (DAFTAR LESEN NIAGA ONLINE)

10 TEMPAT PELANCONGAN DI PERAK (TEMPAT MENARIK DI PERAK 2021)