in , ,

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT 2023 : CARA PERMOHONAN / SYARAT / TARIKH PENGAMBILAN TENTERA DARAT MALAYSIA

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT 2023 : CARA PERMOHONAN / SYARAT / TARIKH PENGAMBILAN TENTERA DARAT MALAYSIA

Permohonan pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 197 Wanita Siri 48 Sesi Tahun 2023 telah dibuka sekarang dan tarikh tutup permohonan adalah 31 Disember 2022. Bagi yang berminat boleh memohon secara online .

Berikut dikongsikan panduan untuk memohon Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia.

Baca juga : MYCUACA METMALAYSIA : INFO / SEMAK RAMALAN CUACA MALAYSIA ONLINE

TARIKH PENGAMBILAN TENTERA DARAT MALAYSIA 2023

Tarikh Permohonan Dibuka : 13 hingga 31 Disember 2022

SYARAT KELAYAKAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT

SYARAT KELAYAKAN TENTERA DARAT

Dibawah merupakan syarat kelayakan asas Pengambilan Tentera Darat Lelaki Siri 197 & Wanita  Siri 48 Tahun 2023 :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2022 (Pengambilan Siri 197 2023).
  3. Penglihatan -Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan Tidak rabun warna.
  4. Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6. Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

PENGAMBILAN TLDM

 

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK TENTERA DARAT

Pemohon yang mempunyai sijil SPM / SPVM dan setaraf. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki Kepujian dalam matapelajaran :

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sains
  4. Matematik
  5. Sejarah

Tambahan :

  1. Kelebihan mempunyai sijil / kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi
  2. Pencapaian sukan peringkat Negeri dan boleh bermain alat muzik / pancaragam
  3. Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing

SYARAT FIZIKAL TENTERA 

Untuk memasuki tentera darat Malaysia, syarat fizikal yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Tinggi :
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  2. Berat :
    • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
    • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0

PENGUMUMAN : HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN AKHIR

UJIAN PEMILIHAN AKHIR TENTERA DARAT 

Kepada pemohon yang terpilih dalam senarai pendek untuk Ujian Pemilihan Akhir, berikut adalah beberapa Ujian yang akan dilalui oleh calon yang terpilih :

  1. Pemeriksaan Kesihatan.
  2. Ujian Kecergasan:
    • Larian 2.4 KM – 14 minit
    • Tekan Tubi – 40 kali
    • Bangkit Tubi – 45 kali
  3. Ujian Bertulis:
    • Ujian Kecerdasan (IQ)
    • Ujian Psikologi
    • Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)

CARA PERMOHONAN TENTERA DARAT

CARA PERMOHONAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT ONLINE

Semua permohonan pengambilan perajurit muda hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di:

  1. Pendaftaran Permohonan: https://mims.mod.gov.my
  2. Pautan Isi Permohonan: https://jmt.mod.gov.my
  3. Panduan Permohonan: https://army.mil.my/index.php/ms/kerjaya/iklan-pengambilan/panduanpermohonan?
  • Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.
  • Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.
  • Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.
  • Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.

PENDAFTARAN SECARA ONLINE

  1. Tekan (Klik) pautan (link) PERMOHONAN & PENDAFTARAN di atas.
  2. Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan :
    • NAMA PENUH
    • NO KAD PENGENALAN
    • JANTINA
    • NO TELEFON (Boleh dihubungi)
    • EMAIL (Aktif)
    • KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
    • Tekan (Click) DAFTAR
    • (Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)
  3. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).
  4. Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohnan menggunakan HURUF BESAR.
  5. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.
  6. Untuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah anda daftarkan.

GAJI & ELAUN TENTERA DARAT

SKIM GAJI TENTERA DARAT :

  • SPM – Gaji Permulaan : RM1,459.00
  • SPVM – Gaji Permulaan : RM1,564.00
  • SKM TAHAP 2 – Gaji Permulaan : RM1,630.01
  • SKM TAHAP 3 – Gaji Permulaan : RM1,696.02
  • STPM / STAM (KAGAT) – Gaji Permulaan : RM1,762.03
  • DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN – Gaji Permulaan : RM1,828.04
  • DIPLOMA PERUBATAN –Gaji Permulaan : RM1,894.05
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN – Gaji Permulaan : RM2,026.07

ELAUN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT :

  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Khidmat
  • Bayaran Insentif Khas
  • Elaun Kepakaran
  • Elauan Imbuhan Perumahan
  • Elaun Perjalanan

KEMUDAHAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT MALAYSIA

KEMUDAHAN:

  • Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  • Rawatan Perubatan
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Kemudahan Kediaman

UNTUK RUJUKAN

Sebarang pertanyaan atau persoalan, pemohon boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini :

Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat,
Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2,
Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur.

Telefon Bimbit Pegawai :

  • 017-4033752: Leftenan Noraini
  • 019-2536556: Staf Sarjan Ridhwan

No Telefon Pejabat : 03-4014 0470 (Waktu Hari Bekerja)

Email : [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MYCUACA METMALAYSIA

MYCUACA METMALAYSIA : INFO / SEMAK RAMALAN CUACA MALAYSIA ONLINE

BANTUAN KHAS KEWANGAN

BANTUAN KHAS KEWANGAN 2023 : TARIKH BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA KERAJAAN