in ,

PerantiSiswa 2022 : CARA MOHON PERANTI PERCUMA DAN SEMAK STATUS

Perantisiswa

PerantiSiswa 2022 : CARA MOHON PERANTI PERCUMA DAN SEMAK STATUS

Apakah Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.

***Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia (https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo).

PerantiSiswa 2022

Permohonan Pakej PerantiSiswa #KeluargaMalaysia bagi pelajar IPT akan dibuka bermula 15 April 2022 ini.

Perkara ini diumumkan melalui Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Buat masa ini, pihak K-KOMM sudah memperoleh data berkaitan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dengan dianggarkan 400,000 pelajar IPT seluruh negara bakal mendapat manfaat daripada program itu.

Beliau berkata, pihaknya juga mempunyai senarai nama pelajar golongan B40 sudah berdaftar dan ia boleh dikenal pasti apabila pemohon memasukkan nombor kad pengenalan serta matriks mereka melalui sistem yang disediakan.

“Jika ada pelajar tercicir daripada senarai permohonan, mereka masih boleh memohon dan ia dikategorikan sebagai kes rayuan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan bakul Ramadan di Kampung Berangan, Batu 8, Kadok pada 9 April 2022.

“Peranti terbabit akan diagihkan melalui dua sesi, iaitu sesi pertama membabitkan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima dan ia diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap.

“Sesi kedua pula ialah kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.

SILA BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN BANTUAN RM 1000 KEPADA PELAJAR IPT BAKTIDESA

“Kami akan memulakan pengagihan pada minggu kedua Jun ini. Peranti diberikan ini bukan berkualiti rendah, malah diambil daripada jenama terbaik dalam pasaran,” katanya.

SYARAT KELAYAKAN PERANTISISWA

Siapakah yang layak menerima tablet percuma ini?

Mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini.

Inisiatif ini juga akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Permohonan PerantiSiswa 2022

KERJASAMA DARI BEBERAPA SYARIKAT KOMUNIKASI

Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat perantisiswa adalah :

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom),
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),
  • Maxis Berhad (Maxis),
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),
  • Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES).

TARIKH PERMOHONAN PERANTISISWA

Tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini akan bermula pada 15 April 2022.

TARIKH TERIMA GADJET PERANTISISWA

Pengagihan akan bermuka pada minggu kedua Jun ini.

Peranti akan diagihkan melalui dua sesi, iaitu

  • Sesi pertama – membabitkan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima dan ia diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap.
  • Sesi kedua – kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.

Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.

CARA MEMOHON PERANTISISWA

Perlu diingatkan bahawa permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Maklumat lanjut dan pautan rasmi akan dikongsi dalam masa terdekat.

***Join channel telegram kami untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai PERANTISISWA (https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo).

Maklumat Lanjut Tentang Pakej PerantiSiswa

Soalan Lazim Pakej ini disertakan dalam lampiran di bawah:

1. Apakah itu Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ?
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

2. Siapakah yang layak untuk menikmati tawaran pakej ini?
Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.

3. Syarikat telekomunikasi manakah yang terlibat dalam menyediakan pakej ini?
Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

4. Bilakah pendaftaran akan bermula?
Tempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada 15 April 2022. Pemberian peranti pula akan bermula pada bulan Jun 2022.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CLAIM PERKESO COVID 19 : PERMOHONAN DAN SYARAT KELAYAKAN

jawatan kosong guru mrsm

JAWATAN KOSONG GURU MRSM 2022: SEMAKAN STATUS DAN CARA MEMOHON