PERMOHONAN AIR SELANGOR PERCUMA 2022 : SEMAKAN / BANTUAN BIL AIR PERCUMA UNTUK BERPENDAPATAN BAWAH RM5000 SADE
Pihak kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah program bantuan yang dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE). Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang memberikan bantuan bil air bawah RM20 tak perlu bayar 2022 kepada mereka yang berkelayakan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.
SADE pada asasnya adalah sebuah program penjajaran semula pemberian bantuan air percuma Selangor kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor. Bagi mereka yang layak, boleh menikmati 20 meter padu air percuma melalui skim bantuan ini.
Berikut dikongsikan cara dan panduan untuk memohon SADE.
Baca juga : BANTUAN E-WALLET B40 : BANTUAN UNTUK BELIA B40 RM200
SEMAKAN AIR SELANGOR PERCUMA
SEMAKAN SKIM AIR DARUL EHSAN
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang);
- Premis kediaman mempunyai meter individu;
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.
Dimaklumkan juga bahawa, pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).
SYARAT KELAYAKAN PENDAPATAN
Mereka yang layak adalah apabila pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).
Sekiranya pendapatan isi rumah lebih dari daripada RM5,000 kerana termasuk pendapatan anak yang tinggal serumah, permohonan hanya akan mengambil kira pendapatan suami dan isteri sahaja dan jika pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM5,000, mereka masih layak menikmati SADE.
PERMOHONAN AIR SELANGOR PERCUMA 2022
PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN
SKIM AIR DARUL EHSAN PERMOHONAN ONLINE
CARA MOHON SADE
Kepada yang menepaati kelayakan, permohonan SADE boleh dikemukakan secara atas talian di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) – DI SINI.
Selain itu, pemohon juga boleh mengisi borang permohonan SADE (muat turun – DI SINI) dan boleh dihantar melalui e-mel ke [email protected] atau mana-mana Kaunter Perkhidmatan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
Kerajaan Negeri Selangor juga telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh SADE selama tiga tahun bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2024 dan pendaftaran dibuka sepanjang tahun.