in , , , ,

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN ASASI IPTA : CARA MEMOHON / SEMAKAN / SYARAT BANTUAN KEWANGAN ASASI

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN ASASI

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN ASASI IPTA : CARA MEMOHON / SEMAKAN / SYARAT BANTUAN KEWANGAN ASASI

Bantuan kewangan asasi IPTA ini adalah inisiatif daripada kerajaan dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu pelajar yang memerlukan dan berkelayakan terutamanya dari golongan B40 dan M40.

Berikut dikongsikan panduan memohon dan syarat kelayan bantuan kewangan asasi ini untuk dijadikan sebagai rujukan.

Baca juga : SECURETAC CIMB : CARA AKTIFKAN / GUNA SECURETAC

BANTUAN KEWANGAN ASASI

Untuk sedia maklum, bantuan kewangan asasi ini diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program bantuan kewangan asasi KPM ini diperkenalkan bagi membantu golongan pelajar yang dari keluarga kurang berkemampuan dan sederhana.

Program bantuan asasi RM3,920 setahun ini akan diberikan kepada individu / pelajar yang berkelayakan dari golongan b40 dan m40 supaya dapat membantu sedikit sebanyak kos yuran dan pembelanjaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi untuk menjamin masa depan mereka.

SYARAT BANTUAN KEWANGAN ASASI

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bantuan kewangan asasi yang telah ditetapkan seperti dibawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan keluarga dari golongan b40 dan m40
  • Program pembiayaan bantuan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti awam
  • Pelajar yang sudah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus peringkat SPM atau sijil yang setaraf
  • Mempunyai kursus pengajian yang diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi KPM.

JUMLAH BANTUAN KEWANGAN ASASI IPTA

Untuk makluman, program pembiayaan bantuan kewangan asasi IPTA ini adalah untuk mereka yang mengikuti program bertarat asasi di mana-mana Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari golongan m40 dan b40 pada tahun ini.

Kadar bantuan yang akan diterima kepada pelajar yang layak adalah sebanyak RM3,920 setahun (Sepanjang tempoh pengajian). Namun jumlah bantuan akan diberikan secara pecahan seperti dibawah.

  • RM2,500 setahun – Elaun wang saku
  • RM1,420 – Yuran pengajian dan penginapan
  • Bagi pemohon dari negeri sabah, sarawak dan labuan akan menerima tambang penerbangan percuma (1 tiket pergi dan balik)

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN ASASI IPTA

CARA MEMOHON BANTUAN KEWANGAN ASASI IPTA

Jika anda atau mempunyai anak yang berkelayakan, permohonan bantuan kewangan asasi boleh dibuat secara atas talian. Pemohon disarankan menyediakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan dan lain-lain semasa permohonan.

Untuk semakan lebih terperinci bantuan khas ini, sila layari portal rasmi KPM –DI SINI

SEMAKAN BANTUAN KEWANGAN ASASI 

SEMAKAN BANTUAN KEWANGAN ASASI 2022

Tawaran program ini boleh di semak secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :

  • Surat tawaran;
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  • Borang penyata kewangan penjamin;
  • Panduan mengisi borang perjanjian;
  • Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
  • Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.

Pemohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar UA masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM

SOALAN LAZIM

  • Adakah pelajar boleh menerima tajaan/biasiswa daripada agensi lain sekiranya telah menerima bantuan kewangan asasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia?
    • Pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM. Pelajar perlu membayar balik kepada KPM sejumlah wang yang telah diberikan kepada pelajar sekiranya menerima tawaran tajaan/biasiswa lain ataupun pelajar perlu menolak tajaan/biasiswa lain sekiranya pelajar menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM.
  • Sekiranya pelajar menerima bantuan kewangan asasi dan gagal untuk menamatkan pengajian dengan jayanya, adakah pelajar perlu membayar semula bantuan yang telah diterima sepangjang pengajian?
    • Ya. Pelajar perlu membayar balik jumlah perbelanjaan sebenar yang telah ditaja oleh KPM kepada pelajar sekiranya pelajar gagal menamatkan pengajian dengan jayanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SECURETAC CIMB

SECURETAC CIMB : CARA AKTIFKAN / GUNA SECURETAC

BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA : SENARAI BANTUAN & PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN