in

Permohonan Bantuan OKU Pemulih RM500 Untuk 3 Bulan

permohonan bantuan oku pemulih

Permohonan Bantuan OKU Pemulih RM500 Untuk 3 Bulan

Di bawah pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Bantuan Kewangan Khas OKU disediakan oleh Kerajaan bagi membantu individu OKU yang terkesan akibat pandemik COVID19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.

Bantuan ini adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu individu OKU (Bukan penerima Bantuan Bulanan JKM) yang terkesan teruk akibat pandemik COVID19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.

Objektif:

  1. Membantu secara kewangan kepada OKU yang terkesan akibat pandemik COVID-19
  2. Membantu OKU yang hilang pekerjaan bagi meneruskan kelangsungan hidup
  3. Mengenalpasti bilangan sebenar OKU yang bekerja namun tidak menerima sebarang bantuan bulanan kerajaan
  4. Sebagai insentif kepada OKU yang produktif tetapi terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19 selama hampir 1½ tahun.

permohonan bantuan oku pemulih

Baca juga : Teknik Mengatasi Stress Dan Tekanan Darah Tinggi,Tidak Serumit Yang Anda Fikirkan

Jumlah Bantuan OKU Pemulih

Jumlah  bantuan OKU Pemulih ini adalah sebanyak RM500 sebulan dan dibayar setiap bulan selama tempoh 3 bulan kepada individu yang telah diluluskan permohonannya.

Tarikh Permohonan Bantuan OKU PEMULIH

Permohonan boleh dikemukakan mulai 19 Julai 2021 sehingga 6 Ogos 2021.

Syarat Permohonan :

  1. OKU yang berdaftar dengan JKM;
  2. OKU yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerja
  3. OKU bukan penerima Bantuan Bulanan JKM;
  4. Pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji/pendapatan berkurangan atau diarah bercuti tanpa dibayar gaji; dan
  5. OKU yang bukan kakitangan kerajaan.

Panduan Permohonan Bantuan

Permohonan boleh dikemukakan melalui beberapa kaedah seperti berikut:

  • Isi borang Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH) melalui Google Form yang terdapat di laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my
  • Permohonan secara mengisi borang yang boleh dimuatturun daripada laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my (seperti dalam Lampiran A) dan dihantar ke PKMD / dimasukkan dalam dropbox yang disediakan atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat emel [email protected]
  • Permohonan secara mengisi borang dan dihantar kepada pihak NGO untuk diserah kepada pihak PKMD atau menghantar semua dokumen dalam bentuk PDF ke alamat emel [email protected]

Muat Turun Borang Permohonan OKU Pemulih

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Setiap pemohon perlu muat naik (upload) atau sertakan dokumen sokongan seperti berikut:

  1. Salinan Kad OKU / Dokumen Pengenalan Sementara OKU
  2. Salinan muka depan buku akaun bank yang aktif / slip berkaitan no akaun bank / sebarang dokumen sokongan yang berkaitan.

Soalan Lazim

Berapa lamakah tempoh lulus permohonan?

  • Permohonan yang lengkap dan yang telah diluluskan akan diproses dalam masa 14 hari.

Talian Hotline Centre : 03-8323 1656

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teknik Mengatasi Stress

Teknik Mengatasi Stress Dan Tekanan Darah Tinggi,Tidak Serumit Yang Anda Fikirkan

i-citra KWSP tarikh bayaran

i-Citra KWSP Tarikh Bayaran (Jadual Pembayaran Mulai Ogos)