in , , ,

PERMOHONAN E-PRASEKOLAH 2024 / 2025: CARA DAFTAR ONLINE / MANUAL & SYARAT KEMASUKAN PRASEKOLAH

PERMOHONAN EPRASEKOLAH

PERMOHONAN E-PRASEKOLAH 2024 / 2025: CARA DAFTAR ONLINE / MANUAL & SYARAT KEMASUKAN PRASEKOLAH

Permohonan E-Prasekolah 2024 / 2025 kini telah dibuka. Kepada ibu bapa yang ingin membuat permohonan, pendaftaran boleh dibuat secara online ataupun manual.

Di sini dikongsikan cara untuk membuat pendaftaran kemasukan prasekolah secara online & manual.

Baca juga : TEBUS STR DI BSN : CARA TEBUS / PENUAIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2023

SYARAT PERMOHONAN ePRASEKOLAH 

Permohonan E-Prasekolah boleh dibuat oleh ibu bapa mengikut terma-terma syarat yang ditetapkan oleh KPM. Berikut adalah merupakan syarat kemasukan pra sekolah yang telah ditetapkan :

  1. Kanak-kanak yang merupakan warganegara Malaysia sahaja.
  2. Kanak-kanak yang layak memohon adalah lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja.
  3. Bagi pemilihan sekolah pula, pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.

TARIKH PENDAFTARAN PRASEKOLAH

Kepada ibu bapa yang ingin membuat permohonan pra sekolah, pastikan permohonan dibuat dalam tempoh masa yang ditentukan iaitu:

  • Permohonan secara atas talian – (Akan Dikeaskini Kemudian)
  • Permohonan secara manual – (Akan Dikeaskini Kemudian)

CARA DAFTAR ePRASEKOLAH

Kepada ibu bapa yang ingin daftarkan anak ke pra sekolah, berikut adalah merupakan caranya:

Pendaftaran Secara Atas Talian (online)

  1. Layari pautan : eprasekolah.moe.gov.my
  2. Muat turun manual pengguna untuk rujukan.
  3. Klik pada Daftar pengguna (lengkapkan proses daftar akaun), kemudian klik Log Masuk
  4. Kemudian klik pada Borang Permohonan PraSekolah
  5. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.
  6. Pilih Sekolah yang ingin dipohon
  7. Pastikan ibubapa membuat pengesahan
  8. Cetak borang permohonan tersebut
  9. Hantar cetakan borang beserta dokumen yang berkaitan kepada pihak sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada (Akan Dikeaskini Kemudian)
  10. Keputusan permohonan boleh disemak dalam talian.

Nota: Permohonan dalam talian hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada (Akan Dikeaskini Kemudian)

Pendaftaran Secara Manual

  1. Ibubapa hendaklah mengambil borang permohonan disekolah yang ingin dimohon.
  2. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut
  3. Sertakan sekali dokumen yang diperlukan
  4. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang berkaitan kepada pihak sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada (Akan Dikeaskini Kemudian)
  5. Semak keputusan permohonan melalui sekolah yang dipohon.

ePRASEKOLAH SEMAK

Semak keputusan permohonan boleh dibuat melalui:

  • Hadir ke sekolah yang dipohon
  • Secara atas talian (online) melalui pautan eprasekolah.moe.gov.my

Nota: Tarikh rasmi semakan keputusan permohonan eprasekolah akan dikemskini kemudian.

MAKSUD STATUS PERMOHONAN ePRASEKOLAH

Berikut adalah senarai huraian status permohonan adalah seperti berikut:

  • Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah.
  • Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah.
  • Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon.
    Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.

UNTUK RUJUKAN

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau pertanyaan mengenai daftar PraSekolah, anda boleh:

  1. Layari laman sesawang: https://eprasekolah.moe.gov.my/
  2. Hadir ke sekolah yang ingin dipohon
  3. Email: [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TEBUS STR DI BSN

TEBUS STR DI BSN : CARA TEBUS / PENUAIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2023

DISKAUN SAMAN PDRM 60%

DISKAUN SAMAN PDRM 60% 2023 (SEMPENA HARI POLIS KE- 216) : CARA SEMAK SAMAN PDRM ONLINE / SMS