in , ,

Permohonan Moratorium Pinjaman Bank

Permohonan Moratorium Pinjaman Bank

Senarai Kandungan

Permohonan Moratorium Pinjaman Bank

Permohonan untuk mendapatkan kemudahan bayaran balik pinjaman atau moratorium untuk tempoh enam bulan bermula dari 7 Julai 2021.Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, peminjam individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan mikro yang terjejas akibat COVID-19 boleh memohon moratorium selama enam bulan.

Pengumuman ini selaras dengan pengumuman tentang Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Permohonan Moratorium Pinjaman Bank

Saranan untuk anda yang :

  • Peminjam terjejas masih boleh minta bantuan bank
  • Kelulusan automatik moratorium bagi peminjam terkesan – Tengku Zafrul
  • Sejumlah 752,000 peminjam perlu bantuan pembayaran balik pinjaman
  • Bank jamin terus bantu peminjam terjejas – Bank Negara

 

Permohonan Moratorium Pinjaman Bank

Cara Mendapatkan Moratorium Selama 6 Bulan

Ada 3 Langkah untuk mendapatkan Moratorium selama 6 bulan melalui :

  • Borang Web
  • Email
  • Panggilan Telefon

Borang Web

  1. Pergi ke laman web bank anda
  2. Klik pada borang web
  3. Isi butiran peribadi dan pembiayaan anda
  4. Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman
  5. klik ‘hantar’ dan bank akan mengesahkan penerimaan

Email

  1. Pergi ke laman web bank anda
  2. Klik pada borang web
  3. Isi butiran peribadi dan pembiayaan anda
  4. Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman
  5. klik ‘hantar’ dan bank akan mengesahkan penerimaan

Panggilan Telefon

  1. Hubungi pusat khidmat pelanggan bank anda
  2. Panggilan akan dilayan dan operator akan membimbing anda sepanjang proses permohonan

Kelulusan Skecara Automatik

Peminjam yang layak akan menerima pengesahan dalam tempoh 5 hari bagi peminjam individu dan 14 hari bagi peminjam PKS.

Bantuan bayaran balik pinjaman ini ditawarkan untuk pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021.

Pada masa permohonan dibuat , peminjam tidak mempunyai ansuran tertunggak melebihi 90 hari atau berhadapan dengan prosiding bankrap/penggulungan (bankruptcy/winding up).

Peminjam yang sudah pun berada dalam program bantuan bayaran balik pinjaman dan membayar balik pembiayaan mereka mengikut terma program terbabit juga boleh memohon moratorium ini,” katanya.

Selain itu, BNM berkata, peminjam individu dan PKS yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman melebihi 90 hari dinasihati supaya menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman yang sesuai dan khidmat nasihat kewangan secara percuma (services.akpk.org.my).

PKS termasuk perusahaan mikro juga boleh memohon bantuan melalui saluran khas SME Help Desk AKPK melalui akpk.org.my/smehelpdesk.

Baca juga : i-Citra KWSP Tarikh Bayaran (Jadual Pembayaran Mulai Ogos)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

i-citra KWSP tarikh bayaran

i-Citra KWSP Tarikh Bayaran (Jadual Pembayaran Mulai Ogos)

GKP 4.0 Bantuan RM1000

GKP 4.0 Bantuan RM1000 (TARIKH BAYARAN BULAN SEPTEMBER DAN NOVEMBER)