in ,

PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 4 2022 (PERMOHONAN MRSM SECARA ONLINE)

PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 4 2022

PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 4 2022 (PERMOHONAN MRSM SECARA ONLINE)

Untuk makluman buat ibu bapa, pelajar dan penjaga, permohonan MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) bagi Tingkatan 1 dan 4 sesi 2022 dibuka pada minggu ke-4 bulan Ogos 2021 ini.

Untuk makluman, kemasukan ke MRSM mulai tahun 2021 mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.

Bagi pemohon yang memohon program Ulul Albab, mereka diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, info penting serta persediaan yang perlu diketahui untuk proses permohonan.

PROGRAM YANG DITAWARKAN DI MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Berikut 6 program yang ditawarkan di MRSM seperti berikut:

  1. Premier
    Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
  2. Ulul Albab
    Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
  3. IGCSE
    Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
  4. IB MYP (Middle Years Programme)
    Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM
  5. Teknikal
    Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan
  6. PKP (Program Khas Pendidikan)
    Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM.

PERMOHONAN MRSM 2022

Setiap tahun, MARA mempelawa pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan 4.

Keutamaan pengambilan pelajar ini akan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan bandar.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE MRSM

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Calon mestilah memohon atas talian (online).
  4. Calon mengikuti Kurikulum Kebangsaan serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang
  5. merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
  6. Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  7. Calon mestilah berminat belajar di MRSM.
  8. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  9. Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.

CARA PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 DAN 4 2022 (PERMOHONAN MRSM SECARA ONLINE)

  1. Pergi ke laman web rasmi MARA di https://www.mara.gov.my/
  2. Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.Baca Maklumat Program MRSM selengkapnya di SINI.
  3. Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
  4. Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
  5. Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.
  6. Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
  7. Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
  8. Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).
  9. Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.
  10. Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM)

Semua calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Bagi pemohon yang memilih program Ulul Albab dalam mana-mana pilihan, anda perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di pusat ujian yang sama.
Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek.UKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan.

UKKM akan diadakan di antara bulan September hingga Disember 2021.

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM.

Pemohon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

PERTANYAAN LANJUT

Sila layari portal MARA
http://www.mara.gov.my

Talian utama: 03-261 32000

E-mel : [email protected]

BACA JUGA DISINI

PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 2022 (PERMOHONAN MRSM SECARA ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 2022

PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 2022 (PERMOHONAN MRSM SECARA ONLINE)

CONTOH SOALAN UKKM MRSM 2022

CONTOH SOALAN UKKM MRSM 2022 (UJIAN KEMASUKAN MRSM 2022)