in , ,

Permohonan Pakej Penjagaan Covid-19 PPC Untuk Golongan B40

Permohonan Pakej Penjagaan Covid-19 PPC Untuk Golongan B40

Permohonan Pakej Penjagaan Covid-19 PPC Untuk Golongan B40

Kerajaan memperuntukkan lebih RM471.6 juta bagi tujuan pemberian Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia kategori B40 dalam usaha memastikan diri dan keluarga mereka bebas daripada jangkitan Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia sebagai persediaan negara ke arah era endemik yang antara lain bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah golongan itu.

Beliau berkata, bantuan PPC itu mengandungi pek pelitup muka guna semula (empat keping setiap keluarga), kit ujian kendiri Covid-19 (empat kit setiap keluarga), seunit pulse oximeter, seunit termometer dan risalah panduan penggunaan serta info kesihatan.

Kata beliau, pemberian PPC buat masa ini dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; atau ibu atau bapa tunggal mempunyai anak.

“Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40 dan secara keseluruhannya terdapat 8.4 juta penerima BPR.

“Usaha itu juga sebagai melatih diri membudayakan norma baharu sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Senarai bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)

Permohonan Pakej Penjagaan Covid-19 PPC Untuk Golongan B40

Objektif utama bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) adalah meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah golongan B40 dan memudahkan mereka mengamalkan norma baharu ketika ini.

Bagi yang layak, mereka akan menerima kit bantuan PPC yang mengandungi beberapa barangan berikut:

  • Pek pelitup muka (4 keping setiap keluarga)
  • Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga)
  • Pulse oximeter
  • Termometer
  • Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan

Golongan yang layak untuk PPC

Golongan yang layak untuk PPC

Untuk permulaan, pemberian PPC ini akan diberikan kepada mereka yang juga penerima Bantuan Prihatian Rakyat (BPR) yang sudah keluarga.

Penerima Bantuan Prihatian Rakyat (BPR) yang sudah keluarga ini biasanya mereka yang sudah berkahwin, sama ada memiliki atau belum mempunyai anak atau ibu bapa tunggal yang mempunyai anak.

Buat masa ini, terdapat 8.4 juta penerima BPR namun untuk golongan yang layak menerima PPC ini, terdapat kira-kira 3.6 juta yang layak.

Secara keseluruhannya, kerajaan akan memperuntukkan RM471.6 juta kepada golongan B40 untuk program Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) ini.

Baca Juga Di Sini : Kalendar Kuda Tahun 2022 Malaysia (Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia 2022 Pdf)

Cadangan Untuk Pemberian Vaksin Dos Ketiga Covid-19

Cadangan Untuk Pemberian Vaksin Dos Ketiga Covid-19

Idea pemberian dos ketiga COVID-19 atau booster shot ini bukanlah perkara baru dan perkara ini terlebih dahulu dibincangkan oleh pakar-pakar perubatan di luar negara.

Bersempena dengan pengumuman bantuan PPC ini, kerajaan tela bersetuju untuk memberikan dos ketiga vaksin COVID-19 mengikut syarat-syarat berikut:

  • Hanya diberikan kepada golongan berisiko tinggi seperti mereka yang mempunyai masalah kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang
  • Diberikan selepas kadar populasi dewasa mencapai 80%

Pemberian dos ketiga ini sesuai dengan saranan pakar-pakar perubatan antarabangsa untuk meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan berisiko individu berisiko tinggi yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua diberikan.

Untuk tujuan ini juga, panel pakar perubatan telah ditubuhkan dan akan memperincikan garis panduan pelaksanaan peberian dos ketiga ini.

Garis panduan pemberian dos ketiga ini akan diumumkan kelak oleh Menteri Kesihatan Malaysia setelah perincian mengenainya dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Untuk mngetahui maklumat terkini berkenaan keadaan semasa Covid-19 di Malasia boleh layari Covid-19 Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara mohon rumah

CARA MEMOHON RUMAH IKRAM KPKT RM124 SEWA BULANAN