in ,

PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN 2021 PPRT

PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN 2021 PPRT

Menerusi Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe11), Teras Kedua : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, program SPKR diteruskan sebagai salah satu touch point utama Kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.

SPKR merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Komponen SPKR meliputi bantuan rumah PPRT, program latihan kemahiran dan program peningkatan pendapatan yang membentuk suatu pakej nilai tambah untuk memperkasa dan memberi keupayaan kumpulan sasar membentuk jati diri, menjana pendapatan sendiri selain memiliki kediaman yang selamat dan selesa.

Meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga

BACA JUGA: RM50 SEHARI MYSALAM UNTUK PESAKIT COVID-19

SKOP BANTUAN

Kawasan liputan PPRT adalah di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pihak Kerajaan.

Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:

  • Bina Baharu

Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

  • Baik Pulih

Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:

  1. Penyelenggaraan;
  2. Penambahbaikan; dan
  3. Requisition;
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah. (Sila rujuk Lampiran A bagi senarai yang dibenarkan).
  • Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.

permohonan perumahan rakyat termiskin 2021 pprt

permohonan perumahan rakyat termiskin 2021 pprt

PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN 2021 PPRT

Permohonan PPRT secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap. Sila sediakan maklumat berkaitan

  • pemilikan harta / tanah,
  • pendapatan,
  • gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan
  • gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan. .
  1. klik di laman web rasmi Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT = (https://espkr.rurallink.gov.my/v1/online/)
  2. pilih pada pilihan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT
  3. Isi Maklumat yang dikehendaki
  4. Sebarang pertanyaan sila layari laman web rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar = (https://www.rurallink.gov.my/program-perumahan-rakyat-termiskin-pprt/) atau hubungi (https://www.rurallink.gov.my/hubungi-kami-2/)

Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

rm50 sehari mysalam untuk pesakit covid19

RM50 SEHARI MYSALAM UNTUK PESAKIT COVID-19

TARIKH BAYARAN BPR FASA 3

TARIKH BAYARAN BPR FASA 3 (CHECK STATUS BERMULA 28 SEPTEMBER 2021)