in ,

Permohonan Rumah PPRT Online

PERMOHONAN RUMAH PPRT ONLINE

PERMOHONAN RUMAH PPRT ONLINE

Menerusi Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe11), Teras Kedua : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, program SPKR diteruskan sebagai salah satu touch point utama Kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.

SPKR merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Komponen SPKR meliputi bantuan rumah PPRT, program latihan kemahiran dan program peningkatan pendapatan yang membentuk suatu pakej nilai tambah untuk memperkasa dan memberi keupayaan kumpulan sasar membentuk jati diri, menjana pendapatan sendiri selain memiliki kediaman yang selamat dan selesa.

PERMOHONAN RUMAH PPRT ONLINE

KUMPULAN SASAR

  • Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.
  • Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:
    disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih), atau diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri,atau
    diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan,atau
    diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

KELAYAKAN UNTUK PERMOHONAN RUMAH PPRT ONLINE

Laman web Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ada menyatakan kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

Menurut portal berita Malay Mail Online, PGK yang terkini baru sahaja disemak pada tahun ini. Jabatan Statistik Malaysia mengumumkan pada 10 Julai bahawa isi rumah dengan jumlah pendapatan RM2,208 boleh dikira sebagai miskin tegar.

Selain itu, berikut merupakan syarat-syarat layak yang lain untuk pemohon PPRT:

  • Pemohon disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih)
  • Pemohon diperakui dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  • Pemohon diperakui oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  • Pemohon diperakui oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
  • Selain daripada syarat-syarat di atas, keutamaan adalah diberi kepada warga emas, orang Kelainan Upaya (OKU), ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai, dan mangsa bencana yang berskala kecil contohnya kebakaran.

CARA HENDAK MEMOHON RUMAH PPRT

  • Cara paling mudah untuk menghantar permohonan adalah melalui portal TEDUH oleh Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN).
  • Anda boleh muat turun borang permohonan PPRT di sini, berserta borang kebenaran menggunakan tanah di sini.
  • Setelah anda isi kesemua maklumat yang berkaitan anda boleh hubungi pejabat KPLB untuk langkah seterusnya.
  • Rujuk laman ini untuk senarai e-mel dan nombor telefon bagi pejabat KPLB persekutuan dan negeri.
  • Kami sudah jelaskan semuanya tentang apa yang anda perlu tahu tentang PPR/PPRT. Bolehlah cuba mohon kalau anda penuhi syarat.

BANTUAN LAIN YANG DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN:

i-Citra KWSP Tarikh Bayaran (Jadual Pembayaran Mulai Ogos)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Akaun TH Secara Online

AKAUN TH SECARA ONLINE : LANGKAH BUKA TABUNG HAJI SECARA ONLINE ATAU VIRTUAL ACCOUNT OPENING (VAO)

Skim Bantuan Peniaga Kecil

Skim Bantuan Peniaga Kecil: Go Digital Pembiayaan Sehingga RM5000 Hijrah Selangor