in , ,

PERMOHONAN TENTERA LAUT 2024 : LOKASI PEMILIHAN

PERMOHONAN TENTERA LAUT

PERMOHONAN TENTERA LAUT 2024 : LOKASI PEMILIHAN

PENGAMBILAN AWAL PERAJURIT MUDA (PtM) TLDM SIRI 228/24 BAGI LEPASAN SPM / SVM (LELAKI DAN WANITA) DAN LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN (LELAKI) – RUJUK CARA PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DI BAWAH

PEMILIHAN SECARA WALK-IN AKAN BERMULA PADA 18 APRIL HINGGA 10 MEI 2024.

Calon dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Berikut dikongsikan info lanjut untuk makluman anda yang ingin memohon.

BACA JUGA DISINI : CARA UPDATE NO TELEFON KWSP : TUKAR SECARA ONLINE

SYARAT PERMOHONAN TENTERA LAUT

UMUM

  1. Semua calon lelaki berwarganegara Malaysia
  2. Umur – 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 5 Disember 2024.
  3. Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta – Lelaki
  4. Lepasan SPM dan SVM – Lelaki
  5. Taraf perkahwinan – Bujang (tidak pernah berkahwin)
  6. Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah juvana

KHUSUS

  1. SPM / setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu
  2. Pemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
  3. Diploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang berikut:
    • Engineering
    • Electrical Engineering
    • Electronics Engineering
    • Electrical and Electronic Engineering
    • Marine Engineering
    • Software Engineering
    • Microelectronic Engineering
    • Information Engineering
    • Telecommunication Engineering
    • Mechanical Engineering
    • Mechatronic Engineering
    • Manufacturing Engineering
    • Engineering in Aircraft Maintenance
    • Advanced Diploma in Engineering

GAJI TENTERA LAUT

GAJI PERMULAAN TENTERA LAUT

TAHAP KELULUSANJUMLAH
Diperjawatkan (kelulusan) :
Latihan Perajurit Muda (6 bulan)RM1,774.00
SPM atau SVMRM1,879.00
SPM dan SKM Tahap 2RM1,945.00
SPM dan SKM Tahap 3RM2,011.02
Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus)RM2,341.07

Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM RM200

Kenaikan Tahunan – Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat

Bayaran Elaun dan Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan) – Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan

Keistimewaan

  • Rawatan perubatan dan pergigian
  • Pakaian seragam
  • Waren perjalanan tahunan
  • Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
  • Caruman Lembaga Tabung Angkatan tentera
  • Pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)

Kepada yang berminat, anda boleh memohon secara atas talian melalui maklumat yang tertera di bawah.

CARA PERMOHONAN TLDM

Permohonan boleh dibuat secara walk-in dengan hadir ke lokasi mengikut tarikh yang telah ditetapkan serta berpakaian seperti berikut:

  • Waktu pendaftaran : 0800H hingga 0830H
  • Waktu pemilihan : 0830H hingga 1700H
  • Pakaian Temuduga : Pakaian sukan dan berkasut sukan
  • Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL seperti berikut:
  1. Kad pengenalan beserta 1 salinan fotostat
  2. Sijil kelahiran pemohon beserta 1 salinan fotostat
  3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Sijil Diploma / Transkrip beserta 1 salinan fotostat
  4. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa 1 salinan fotostat
  5. Sijil kelahiran ibu bapa beserta 1 salinan fotostat
  6. Calon yang berjaya melepasi tapisan akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel.

Pemohon perlu melengkapkan maklumat dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang.

Pemohon yang berjaya / gagal akan diberitahu melalui EMEL selepas tapisan pada bulan November 2024.

LOKASI PEMILIHAN TENTERA LAUT 2024 MENGIKUT ZON

UTARA

  • 18 April 2024 (Khamis) Kedah – Kolej Tentera Udara Alor Setar
  • 21 April 2024 (Ahad) Perak – SKTLDM SITIAWAN

TENGAH

  • 24 April 2024 (Rabu) – KD Sri Gombak, Kuala Lumpur

PANTAI TIMUR

  • 18 April 2024 (Khamis) – MSS Desa Pahlawan, Kota Bahru, Kelantan
  • 21 April 2024 (Ahad) – Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang

SELATAN

  • 24 April 2024 (Rabu) – Pangkalan TLDM Johor Bahru, Johor

SABAH

  • 30 April 2024 (Selasa) – Dewan Azim RK Taman Samudera, Batu 5 Sandakan
  • 3 Mei 2024 (Jumaat) – KD Sri Kota Kinabalu, Sabah
  • 7 Mei 2024 (Selasa) – KD Sri Tawau

ZON SARAWAK

  • 10 Mei 2024 (Jumaat) – RNO Kuching, Sarawak

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN TLDM

  1. Pemohon boleh melayari laman sesawang http://www.navy.mil.my dan masuk ke pautan Perkhidmatan / Semakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 228/24 atau terus ke http://www.navy.mil.my/pengambilanllp/.
  2. Pemohon yang layak dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Sel Pengambilan TLDM di talian 019-2104163 pada waktu bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang atau Emel ke [email protected].

Keputusan yang dibuat oleh pihak TLDM adalah muktamad.

MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN DAN PERMOHONAN TLDM 2024

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan atau terus ke Laman Facebook Rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia

ATAU

Terus ke laman web rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia https://www.navy.mil.my/

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CARA CHECK BAKI KWSP

    CARA CHECK BAKI KWSP 2024 : SEMAK MELALUI i-AKAUN ATAU TANPA i-AKAUN

    SEMAKAN MYKASIH 2024

    SEMAKAN MYKASIH 2024 : SEMAK SEKARANG