in

RAYUAN BKM 2022 : PERMOHONAN/SEMAKAN/TARIKH BAYARAN

rayuan bkm

RAYUAN BKM 2022 : PERMOHONAN/SEMAKAN/TARIKH BAYARAN

PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022

Bantuan Keluarga Malaysia atau singkatannya BKM telah diumumkan melalui Belanjawan 2022 dan bantuan ini adalah bantuan tunai ini ditambah baik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar bantuan ini boleh merangkumi lebih ramai penerima yang layak. Sebelum ini bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Seperti yang dimaklumkan, tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Bagi pembayaran BKM akan akan dilaksanakan selepas tamat tempoh pengemaskinian/permohonan.

Tetapi bagaimana sekiranya permohonan anda tidak lulus? Semestinya anda ingin akan membuat permohonan rayuan. Bagaimana caranya? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

SILA SEMAK PERMOHONAN ANDA DAHULU DI SINI

ALASAN TIDAK LULUS BKM

Jika anda telah membuat semakan status BKM dan mendapati anda tidak lulus, akan dipaparkan alasan tidak lulus melalui KOD TIDAK LULUS BKM seperti berikut

kod tidak lulus bkm

kod tidak lulus bkm

kod tidak lulus bkm

***Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

RAYUAN BKM

Bagi mereka yang berstatus tidak lulus BKM ataupun mereka yang berstatus lulus BKM akan tetapi ingin membuat rayuan pertambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan bulanan.

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BKM

Jangan risau, bagi mereka yang tidak lulus BKM anda boleh mengemukakan rayuan permohonan secara atas talian bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.

CARA PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022

Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.

  1. Melalui atas talian pada laman web http://bkm.hasil.gov.my/
    login ke dalam sistem BKM dan masuk ke bahagian MyBKM dan klik Permohonan Rayuan.
  2. Dengan menghantar borang rayuan di mana mana cawangan LHDNM.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022 ONLINE ATAU CARA DOWNLOAD BORANG MANUAL BANTUAN KELUARGA MALAYSIA SERTA SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN.

  1. Klik Link Rayuan BKM 2022 di sini : https://bkm.hasil.gov.my/.
  2. Klik pautan LOG MASUK BKM.
  3. Isi Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
  4. Klik Semak.
  5. Sila buat pengesahan bahawa apa yang terpapar adalah kata kunci keselamatan anda.
  6. Jika ya, Klik butang Ya.
  7. Masukkan Password/Kata Laluan Login BKM anda.
  8. Kemudian, Klik Log Masuk.
  9. Anda akan dibawa ke Halaman Utama myBKM.
  10. Untuk Permohonan Rayuan BKM 2022 Online, sila Klik Semakan Status.
  11. Sila pastikan status yang dipaparkan adalah TIDAK LULUS.
  12. Jika benar status yang ditunjukkan tersebut ialah TIDAK LULUS, teruskan dengan Klik Permohonan Rayuan.
  13. Tunggu sehingga paparan Permohonan Rayuan menunjukkan Berjaya.
  14. Untuk pengesahan, klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar sebentar tadi.
  15. Anda dinasihatkan screenshot atau simpan rekod rayuan ini untuk rujukan pada masa akan datang.
  16. Selesai.

NOTA: Perlu diingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.

SOALAN LAZIM BKM 2022

Siapakah yang layak membuat permohonan rayuan?

Mereka yang mempunyai status tidak lulus ataupun mereka yang menukar butiran seperti bilangan anak dan taraf perkahwinan.

Bolehkah permohonan rayuan dilakukan secara online?

Ya. Login ke dalam sistem BKM.

Bilakah tarikh tutup permohonan rayuan ini?

2 Jun 2022

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia, bolehlah menghubungi:

Hotline BKM LHDNM :1-800-88-2747
Hotline MoF : 03-8882 4565 / 4566
Atau hadir ke Cawangan LHDNM / PS LHDNM / PJH LHDNM / UTC LHDNM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BIASISWA IPT MAIK

BIASISWA IPT MAIK 2022 : Permohonan Bantuan Melanjutkan Ke IPT MAIK

check result stpm

CHECK RESULT STPM 2021 : SEMAKAN ONLINE ATAU SMS