REGISTER MYBKM :DAFTAR BARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE
Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang
memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai
1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke
semasa.
[KAEDAH BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM]
Bil | Perkara | Kaedah bayaran |
---|---|---|
1. | Berjaya kredit | Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat |
2. | Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) | Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM |
3. | Tiada akaun bank | Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM |
BACA JUGA: KELUAR DIVIDEN ASB :CARA WITHDRAW DUIT ASB ONLINE
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
REGISTER MYBKM :DAFTAR BARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE
- Sila layari laman web rasmi BKM = https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu atau klik Log Masuk
BKM bagi melakukan Kemaskini Permohonan – Masukkan No.MyKad serta kata
laluan yang telah didaftarkan.

- Setelah Berjaya Log Masuk, paparan menu Kemaskini Permohonan akan dipaparkan.

- Seterusnya masukkan No. MyKad pemohon diruangan No. MyKad dan klik butang Semak. Kemudian lengkapkan kesemua maklumat pemohon yang bertanda (*) – mandatori

- Kemudian klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap

- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha
- dibahagian captcha anda hanya perlu memasukkan abjad dan nombor yang tertera pada gambar captcha tersebut (setiap orang akan mendapat gambar captcha yang berbeza, sila rujuk gambar captcha anda dan bukannya contoh gambar dibawah)

- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang Perakuan Pemohon berkenaan

- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan

- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan
