RENEW CIMB ATM CARD ONLINE : CARA MOHON / TUKAR / AKTIF KAD BANK CIMB BARU
Kad CIMB anda akan tamat tempoh? Atau kad cimb anda sudah tamat tempoh dan kad anda tidak boleh digunakan lagi?Tahukah anda ada cara mudah untuk anda perbaharuinya?
Terkini, kad CIMB boleh dimohon secara online sekiranya kad CIMB anda sudah expired atau akan expired dalam masa 3 bulan dan anda tidak perlu bersusah payah ke cawangan bank CIMB untuk memperbaharui kad cimb anda.
Di sini dikongsikan 6 langkah mudah untuk memohon atau tukar kad cimb expired anda kepada yang baru.
Baca juga : BMT RISDA : SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2022
KAD CIMB TIDAK BOLEH DIGUNAKAN?
Ada beberapa sebab pembelian anda menggunakan kad CIMB tidak dapat diproses atau ditolak. Antaranya:
- Dana yang tidak mencukupi dalam akaun simpanan / semasa anda yang dipautkan dengan CIMB Debit Mastercard. Anda perlu menambah dana dalam akaun anda.
- Dana yang tidak mencukupi disebabkan pegangan caj pra-kebenaran di stesen minyak atau hotel. Anda perlu menambah dana dalam akaun anda.
- Jumlah pembelian anda melebihi had perbelanjaan harian pilihan anda. Anda boleh memilih untuk menukar had perbelanjaan anda melalui ATM atau CIMB Clicks.
- Fungsi Titik Jualan pada CIMB Debit Mastercard anda dinyahaktifkan.
- Transaksi dalam talian bukan 3D selamat, transaksi pesanan mel atau pesanan telefon (CNP: Kad Tidak-Hadir) pada CIMB Debit Mastercard anda mungkin dinyahaktifkan. Anda boleh menghubungi +603 6204 7788 (tempatan atau luar negara) untuk aktifkan.
- Jika transaksi anda ditolak ke luar negara, anda mungkin tidak mengaktifkan Bendera Luar Negeri. Untuk mengaktifkan fungsi ini, sila rujuk ke laman web CIMB.
- Kad debit CIMB anda telah tamat tempoh.
RENEW CIMB ATM CARD ONLINE
CARA TUKAR KAD CIMB EXPIRED ONLINE
TUKAR KAD ATM CIMB ROSAK
TUKAR KAD CIMB BARU
CARA MEMOHON KAD DEBIT CIMB ONLINE
Sila ikuti langkah berikut:
- Layari laman web https://apply.cimb.com.my/dcrform
- Masukkan nombor kad pengenalan (6 digit terakhir) dan nombor Kad Debit (4 digit terakhir). Kemudian tekan butang ‘PROCEED’
- Anda akan menerima OTP (One-Time Password) melalui SMS. Masukkan OTP dan tekan butang CONFIRM untuk tujuan verifikasi.
- Seterusnya, pilih ‘Renew my debit card and deliver it to me’. Tekan butang ‘PROCEED’ untuk ke langkah seterusnya.
- Untuk langkah seterusnya, anda perlu semak alamat terkini. Jika alamat yang dipaparkan adalah berbeza dengan alamat terkini, pilih ‘Mailing Address’ dan masukkan alamat di mana anda inginkan kad anda dihantar.
- Semak alamat untuk kali terakhir dan tekan butang ‘YES’ untuk sahkan permohonan. Anda akan terima kad debit CIMB yang baru dalam tempoh 14 hari bekerja.
CARA AKTIFKAN SEMULA KAD CIMB
CARA AKTIFKAN KAD CIMB BARU
Kad debit yang berjaya dihantar ke alamat penghantaran belum lagi diaktifkan. Untuk mengaktifkannya, kunjungi mana-mana ATM CIMB dan kemudian ikuti dua langkah berikut:
- Masukkan kad debit baharu anda ke dalam ATM CIMB.
- Masukkan PIN ATM 6-digit sedia ada.

Sebaik sahaja kad debit baharu diaktifkan, kad debit sedia ada tidak lagi sah dan hendaklah dimusnahkan segera dengan memotongnya kepada separuh merentasi jalur magnet dan mikrocip yang ditanam di dalam kad. Bagi tujuan keselamatan juga, pengguna diminta untuk tandatangan di belakang kad debit baharu.
Dengan adanya kaedah di hujung jari ini, anda tak perlulah bersusah payah ke cawangan CIMB untuk dapatkan kad debit baru bagi menggantikan yang hampir atau sudah luput.
Untuk keterangan lanjut mengenai prosedur ini, sila layari https://www.cimbclicks.com.my/.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pengguna CIMB. Selamat mencuba!
KAD CIMB HILANG?
Sila hubungi CIMB di +603 6204 7788 (tempatan atau luar negara) atau kunjungi mana-mana cawangan CIMB Bank untuk membuat laporan dengan segera jika mengetahui bahawa CIMB Debit Mastercard anda hilang atau dicuri.
LOKASI CAWANGAN CIMB TERDEKAT
Jika anda ingin mengunjungi kaunter CIMB terdekat, sila rujuk lokasi melalui senarai ini:
https://www.cimb.com.my/en/personal/help-support/branch-locator.html