in

RFID : CARA SETUP RFID TOUCH N GO

CARA SETUP RFID TOUCH N GO

CARA SETUP RFID TOUCH N GO

TNG RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio untuk melalui tol. Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang. Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik.

Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi. Dengan penggunaan pelekat ini juga, anda tidak perlu lagi membeli dan menukar bateri SmartTAG anda.

BACA JUGA DISINI : LALAMOVE RIDER REGISTER : CARA DAFTAR DRIVER ONLINE APPLICATION (REQUIREMENT DAN GAJI)

CARA SETUP RFID

CARA PASANG RFID TOUCH N GO

Pelanggan yang sudah aktifkan dan juga daftar boleh membuat pemasangan di kereta berdasarkan panduan berikut :

  1. Bersihkan lampu dan cermin kiri kereta anda.
  2. Biarkan ia kering selama 2-3 minit.
  3. Buka pelekat Tag anda.
  4. Tampal Pelekat Tag anda (Jarak 5cm daripada permukaan besi)
  5. Tag anda akan diaktifkan dalam masa 2 jam.
  6. Selepas itu, anda sudah boleh menggunakannya.

VIDEO PANDUAN CARA SETUP RFID TOUCH N GO

Anda boleh ikuti cara pasang berdasarkan video berikut :

KELEBIHAN RFID TOUCH N GO

Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag yang dipasang pada kenderaan. Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.

SOALAN LAZIM

Adakah Tag ini boleh digunakan di semua plaza tol di seluruh negara?

Ya.Tag ini boleh digunakan di setiap lebuh raya.

Adakah penggunaan pelekat ini diwajibkan?

Tidak,penggunaan Tag ini tidak diwajibkan kepada semua.Ini sebagai satu kemudahan kepada pengguna bagi pembayaran tol selain touch n go dan smart tag.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terperinci anda boleh layari https://www.touchngo.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA DAFTAR RFID DI APLIKASI TOUCH N GO

CARA DAFTAR RFID DI APLIKASI TOUCH N GO

CARA GUNA RFID DI TOL

CARA GUNA RFID DI TOL