RHB ONLINE BANKING (DAFTAR /LOGIN /SEMAK BAKI)
berikut merupakan langkah – langkah membuat pendaftaran, log masuk dan semak baki RHB akaun
BACA JUGA: KEMASKINI BKM SECARA ONLINE 2022 BUJANG KEPADA BERKAHWIN DAN TAMBAH ANAK
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
RHB ONLINE BANKING (DAFTAR /LOGIN /SEMAK BAKI)
[PENDAFTARAN AKAUN RHB]
NOTA: Anda perlu mempunyai akaun RHB dan mempunyai kad ATM / Kad Debit RHB terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran RHB Online Banking.
LANGKAH 1: SEBELUM LOGON RHB NOW, DAFTAR NOMBOR TELEFON
Anda diwajibkan membuat pendaftaran nombor telefonsebelum menggunakan RHB Internetb Banking, PIN dan Nombor Telefon anda akan digunakan untuk pendaftaran dan pengaktifan di laman web https://logon.rhb.com.my/ nanti.
Pergi ke mana – mana mesin ATM RHB Bank berdekatan anda
masukkan kad ATM dan nombor PIN anda.
Pilih Menu INTERNET BANKING
masukkan PIN RHB Internet Banking, sebagai proses pengesahan
anda akan menerima resit 6 hingga 8 aksara kod permohonan RHB Internet Banking yang digunakan untuk pengaktifan.
proses pendaftaran di ATM selesai
LANGKAH 2: CARA DAFTAR RHB NOW SECARA ONLINE
Sila ke laman web rasmi RHB = https://logon.rhb.com.my/ bagi membuat pendaftaran akaun RHB Online Banking.
Di bahagian kanan laman, klik I Want to Register
Kemudian, pada laman seterusnya, anda dibawa ke bahagian First Time User Registration, pada bahagian Select your card type, pilih ATM / Debit Card
tekan butang Next
Pada laman seterusnya, pada ruangan ATM / Debit Card No., masukkan nombor kad 16 digit yang berada pada kad ATM / Debit anda
Kemudian, pada ruangan ATM / Debit Card PIN, masukkan nombor PIN akaun anda
Tekan butang Next
Kemudian, pada laman seterusnya, pada ruangan Username, cipta Username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
Pada ruangan Password, masukkan kata laluan yang anda ingin gunakan
Pada ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi Password anda
Untuk Secret Word, cipta satu perkataan sebagai langkah keselamatan anda
Kemudian baca dan tanda pada kotak Terma dan syarat / Term & Condition
tekan butang Next dan pendaftaran anda berjaya
[LOGIN RHB]
Sila ke laman web rasmi RHB Online Banking = https://logon.rhb.com.my/
Di ruangan Username, masukkan Username anda
tekan butang Next, Get Secret Word
lihat Secret Word yang terpapar, sekiranya betul tekan Yes
Di ruangan Password, masukkan Password anda
tekan butang Login
[SEMAK BAKI RHB]
setelah log masuk ke akaun RHB Online Banking anda, pilih menu dan klik pada My Account dan baki akaun anda akan dipaparkan