in ,

RM50 SEHARI MYSALAM UNTUK PESAKIT COVID-19

rm50 sehari mysalam untuk pesakit covid19

RM50 SEHARI MYSALAM UNTUK PESAKIT COVID-19

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

BACA JUGA: CARA MOHON BANTUAN COVID-19 RM100 SEHARI

APA ITU SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN NASIONAL MYSALAM?

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia.

PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP

  1. Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  3. Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

KATEGORI BSH

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.

Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI MENDAPAT RM50 SEHARI MYSALAM UNTUK PESAKIT COVID-19

Bagi pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19, mySalam memerlukan nota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis tersebut.

Manakala pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia, perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dikemukakan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan.

CARA UNTUK MENGEMUKAKAN TUNTUTAN BERKAITAN JANGKITAN COVID-19 

Tuntutan kepada mySalam perlu dikemukakan secara muat naik salinan dokumen ke portal mySalam.

Log masuk ke portal mySalam menggunakan nombor kad pengenalan penerima/ pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup, dan kata laluan. Sila hubungi hubungi pusat panggilan mySalam di talian 1 300 88 8938 untuk pertanyaan lanjut atau bantuan set semula kata laluan.

sebarang pertanyaan sila layari laman web rasmi mySalam = (https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=contact_BM)

DOKUMEN BAGI TUNTUTAN MANFAAT PENGGANTIAN PENDAPATAN MENGENAI COVID-19

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan adalah seperti berikut:

  • Positif menghidap COVID-19
  1. Nota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis;
  2. Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
  • Disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia di Pusat Kuarantin
  1. Surat perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia;
  2. Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
  • Disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia di kediaman sendiri
  1. Surat perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia;
  2. Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA RENEW PASSPORT ONLINE MALAYSIA

CARA RENEW PASSPORT ONLINE MALAYSIA

PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN 2021 PPRT